Artikel Terkini

Satu bilion belia di seluruh dunia berisiko pekak

Satu bilion belia di seluruh dunia berisiko pekak
Satu bilion belia di seluruh dunia berisiko pekak 1

PARIS – Kira-kira satu bilion orang di seluruh dunia beri­siko hilang pendengaran akibat mendengar muzik menggunakan fon kepala atau menghadiri acara muzik yang bising, demikian menurut analisis beberapa kajian semalam.

Analisis diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu menggesa golongan muda supaya lebih berhati-hati tentang tabiat pendengaran mereka dan meminta kerajaan di seluruh dunia melakukan lebih banyak usaha untuk melindungi pendengaran pada masa hadapan.

Disiarkan dalam jurnal BMJ Global Health, analisis itu mene­liti data 33 kajian yang disiarkan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Russia sejak dua  dekad lalu, melibatkan lebih 19,000 peserta berumur antara 12 tahun hingga 34 tahun.

Analisis itu mendapati, 24 pe­ratus golongan muda mengamalkan amalan pendengaran tidak selamat semasa menggunakan fon kepala bersama peranti se­perti telefon pintar.

Sejumlah 48 peratus lagi didapati terdedah pada bunyi bising tidak selamat di pusat hiburan seperti konsert dan kelab malam.

Berdasarkan penemuan ber­kenaan, kajian WHO itu menganggarkan antara 670,000 hingga 1.35 bilion golongan muda berisiko hilang pendengaran.

“Julat yang besar ini kerana sebilangan belia berkemungkinan berisiko disebabkan oleh kedua-dua faktor tersebut,” kata Lauren Dillard selaku pakar audiologi Universiti Perubatan Carolina Selatan dan pengarang utama kajian berkenaan.

Dillard berkata, cara terbaik untuk orang ramai mengurangkan risiko pekak akibat penggunaan fon kepala adalah dengan mengurangkan volum dan mendengar untuk jangka waktu lebih pendek.

“Amat dikesali kerana ramai orang masih gemar mendengar muzik dengan kuat,” katanya.

Menurut WHO, lebih 430 juta orang atau lima peratus populasi dunia mengalami hilang pendengaran separa, manakala jumlah itu dijangka meningkat kepada 700 juta menjelaang 2050. – AFP


Satu bilion belia di seluruh dunia berisiko pekak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo