Berita

‘Saya bahagia bila dapat ringankan beban orang lain’ [METROTV]

'Saya bahagia bila dapat ringankan beban orang lain' [METROTV] 1

'Saya bahagia bila dapat ringankan beban orang lain' [METROTV] 2

Tasek Gelugor: Kesusahan hidup yang dialami ketika kecil mendorong seorang penjawat awam melakukan kerja amal dengan memberikan barangan keperluan dapur secara percuma bagi membantu meringankan beban individu yang pernah senasib dengannya.

Biarpun tidak memiliki pendapatan besar namun dia berusaha menyumbang kepada komuniti memandangkan pernah merasa keperitan hidup apabila dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Azizul Abdul Rahim, 37, yang bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mula melakukan kerja kebajikan secara bersendirian sejak 10 tahun lalu apabila menggunakan wang gajinya bagi membeli barang keperluan sebelum disumbangkan kepada individu memerlukan dari rumah ke rumah termasuk membantu golongan gelandangan.

“Saya pernah hidup susah dan tahu apa itu rasa keperitan untuk membeli barang keperluan ketika mengalami kesempitan wang kerana ibu ayah bukan orang senang.

“Jadi saya mengambil iktibar pada diri sendiri untuk membantu orang yang senasib dengan saya walaupun gaji saya bukanlah besar mana tetapi ia cukup membahagiakan saya apabila dapat meringankan beban orang lain.

“Pada mulanya, saya menggerakkan kerja kebajikan ini dengan menghantar barang keperluan dapur dari rumah ke rumah selepas mendapat maklumat mengenai orang yang memerlukan bantuan, tetapi sejak penularan Covid-19 timbul idea lain yang mana saya akan parkir kereta di beberapa lokasi kemudian membuka but yang diisi dengan pelbagai barangan keperluan yang boleh diambil secara percuma bagi mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui berhampiran Pasar Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Dia berkata, dia memahami ketika pandemik Covid-19 ramai yang kehilangan pekerjaan dan mendorongnya membantu walaupun ia tidak seberapa.

“Selepas habis kerja, saya akan pergi ke mana-mana kawasan dalam daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah kemudian membuka but kereta yang di dalamnya terdapat pelbagai barangan keperluan dapur.

“Ramai yang tidak percaya pada awalnya kerana ada ingat saya berniaga maklumlah buka tepi jalan tetapi sambutan amat baik bahkan ramai juga yang menyumbang untuk saya terus menjalankan kerja amal ini,” katanya.

Azizul berkata, dia semangat melaksanakan kebajikan dan tidak pernah penat walaupun ia dilaksanakan selepas waktu kerja.

“Setiap kali saya pergi buat kerja amal ini ramai yang mendoakan saya bahkan saya teringat kata-kata seorang pakcik yang memberitahu biar tak banyak duit tapi rajin sedekah maka rezeki akan lebih berkat.

“Kata-kata yang diberikan itu meresap dalam jiwa sampaikan saya tak rasa penat pun buat kerja ini bahkan seronok apabila ramai yang menyokong usaha saya ini hingga berpusu-pusu memberi wang serta barang untuk saya hulurkan kepada mereka yang perlu,” katanya yang turut mendapat bantuan isteri serta anak sulungnya yang turun membantunya ketika berada di lapangan.

Sementara itu, seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Norma, 50-an berkata, dia memuji usaha yang dilakukan Azizul kerana amat bertepatan dalam keadaan situasi semasa yang banyak terkesan.

“Saya kehilangan kerja akibat Covid-19 tambahan pula seorang ibu tunggal selepas kematian suami sejak tujuh tahun lalu akibat serangan jantung.

“Memang perit sangat apabila tiada kerja dan perlu membesarkan empat anak namun sudah menjadi takdir maka inisiatif kecil seperti Azizul ini sangat membantu kerana ia meringankan beban orang-orang seperti saya,” katanya.

'Saya bahagia bila dapat ringankan beban orang lain' [METROTV] 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo