Infotainment

“Saya Banyak Buat Dosa, Tapi Tak Pernah Tipu Atau Fitnah Jika Berkaitan Islam”

"Saya Banyak Buat Dosa, Tapi Tak Pernah Tipu Atau Fitnah Jika Berkaitan Islam" 2

Sepanjang hari ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai sidang media pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menjawab segala tuduhan Caprice dan Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri.

Apa yang pasti, ramai menantikan respon daripada Caprice yang mula mendedahkan perkara tersebut. Terbaru, Caprice dilihat memuat naik satu kenyataan di Instagram.

BACA: “Saya Dah Cukup Penat, Serah Semua Kepada Allah”

"Saya Banyak Buat Dosa, Tapi Tak Pernah Tipu Atau Fitnah Jika Berkaitan Islam" 3

Menerusi entri itu, Caprice berkata dia mengakui banyak melakukan dosa dan banyak perkara tentang agama perlu di pelajari. Namun, dia tidak pernah menipu lebih-lebih lagi berkiatan agama.

“Caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama. Namun, saya nak anda tahu saya tak pernah menipu atau menyebarkan fitnah apabila berkaitan kemajuan Islam dan umat Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Caprice tetap memohon maaf dengan apa yang berlaku tempoh hari kerana dia terlalu emosi. Ujarnya, dia dan juga rakyat Malaysia sentiasa menyokong misi kemanusiaan dijalankan dua ikon tersebut.

“Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana,” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice berharap hubungannya dengan Ebit Lew kembali pulih kerana mereka sendiri bertelagah, bagaimana untuk membangunkan Gaza.

Diakhir perkongsian itu, Caprice berkata dia akan tetap meneruskan perjuangan ummah bukan hanya di Palestin tetapi di seluruh dunia serta memohon maaf serta bersedia untuk membela diri di mahkamah petunjuk Allah.

“Saya akan terus memperjuangkan diplomasi, perdamaian, dan belas kasihan untuk bukan sahaja Palestin, tetapi di sudut dunia. Saya akan membela sesiapa sahaja yang ditindas tak kisah bangsa dan agama.

“Saya minta maaf sekali lagi jika anda terluka, saya tidak mahu meneruskan perbahasan ini, saya harap hanya dapat bersatu dan mencapai tujuan bersama untuk perdamaian di Palestin. Sekiranya saya harus membela diri di mahkamah, saya akan melakukannya dengan petunjuk Allah. Terima kasih,” tulisnya.


"Saya Banyak Buat Dosa, Tapi Tak Pernah Tipu Atau Fitnah Jika Berkaitan Islam" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo