Infotainment

“Saya Belum Bertudung, Memang Jadi Rutin Bertudung Setiap Kali Ramadan”

“Saya Belum Bertudung, Memang Jadi Rutin Bertudung Setiap Kali Ramadan”
"Saya Belum Bertudung, Memang Jadi Rutin Bertudung Setiap Kali Ramadan" 1

Tampil bertudung ketika bulan Ramadan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya berkata ianya rutin yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Farahdhiya, pengikutnya di Instagram sudah tahu dia akan berbuat demikian bagi menghormati bulan Ramadan serta mengharapkan doa yang baik-baik.

BACA: Perempuan Lain Suka Pergi Butik LV, Farahdhiya Seronok Pergi Pasar Tani

“Memang saya bertudung bagi menghormati bulan Ramadan. Sebenarnya saya tak pandai nak komen sangat kerana perkara ini membabitkan saya dengan Allah dan benda-benda ini sangat ‘privasi’.

“Kalau boleh saya tak nak jadikan isu dan topik. Ikutkan saya belum bertudung, tapi memang jadi rutin akan bertudung setiap kali Ramadan.

“Namun insya-Allah dalam hidup kita semua nak jadi lebih baik. Harapnya dengan permulaan-permulaan yang begini, insya-Allah saya akan bertudung terus. Tak tahulah bila kerana saya tak berani nak janji. Jadi doakan yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, Farahdhiya menafirkan dia memakai tudung kerana mahu mendirikan rumah tangga. Ujarnya, jika sampai waktunya sudah pasti dia akan maklumkan berita gembira itu.

“Buat masa ini tiada tarikh kahwin dan tiada benda yang saya boleh nak komen. Kalau sampai waktunya Insya-Allah orang akan tahu juga.

“Berkenaan tudung, saya sebenarnya jarang dapat kecaman dari peminat pun. Malah mereka yang biasa mengikuti saya tahu dan banyak mendoakan saya kekal bertudung.

“Kalau setakat satu, dua kecaman itu biasalah. Saya dah 18 tahun dalam industri dan tak ambil peduli benda-benda negatif. Tak terkesan pun kerana terlalu sedikit orang yang mengecam,” katanya.


"Saya Belum Bertudung, Memang Jadi Rutin Bertudung Setiap Kali Ramadan" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list