Artikel Terkini

Saya bertemu Saarani 20 Nov

Saya bertemu Saarani 20 Nov
Saya bertemu Saarani 20 Nov 1

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa telah bertemu Datuk Seri Saarani Mohamad pada 20 November 2022 (Ahad) di sini.

Pertemuan dengan Menteri Besar Perak yang baru dilantik semula itu turut disertai Setiausaha PN negeri Zainol Fadzi Paharudin.

Menafikan kenyataan Saarani yang PN tidak datang menemuinya menyebabkan beliau menerima tawaran Pakatan Harapan, Peja berkata, tujuan pertemuan tersebut adalah bagi berunding tentang kemungkinan kerjasama PN-BN menubuhkan kerajaan negeri Perak.

“Dalam perjumpaan yang sama beliau juga turut menyatakan hasrat untuk kekal dicadangkan sebagai Menteri Besar Perak dan perkara itu adalah sesuatu yang amat penting.

“Saya juga menyatakan kebimbangan saya dengan keadaan di mana kerajaan negeri Perak belum membentangkan belanjawan negeri untuk tahun 2023 dan kemelut politik mesti dirungkai segera demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Saarani dalam sidang media hari ini bahawa PN tidak memberikan sebarang tawaran menyebabkan beliau bersetuju bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Katanya, PN berlapang dada dan terbuka untuk bekerjasama namun Saarani bertegas supaya PN menawarkan tawaran jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Saarani juga, kata Peja, memohon untuk merujuk kepada kepimpinan UMNO sebelum membuat apa-apa persetujuan.

“Namun pada hari ini beliau dan kepimpinan UMNO telah menyelamatkan jawatan Menteri Besar yang dipegang sambil menipu perwakilan Perhimpunan Agung yang lalu dengan slogan “No DAP”,” katanya.

Tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak adalah amat besar dan seharusnya sumpah setia jawatan yang dibacakan dengan kalimah suci tidak disusuli dengan penipuan kepada rakyat jelata.

Saarani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar 5.40 petang tadi. – MalaysiaGazette

Saya bertemu Saarani 20 Nov 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo