Berita

‘Saya bukan bawa diri’ | Harian Metro

'Saya bukan bawa diri' | Harian Metro 1

'Saya bukan bawa diri' | Harian Metro 2

TAHUN pertama bergelar isteri kepada M Fadhil Zakaria pada Mac 2018, pelakon dan pengacara Ruzana Ibrahim mengambil keputusan berehat selama setahun daripada bidang seni.

Ruzana, 36, berkata, tindakan itu dilakukan bertujuan menghabiskan masa berkualiti bersama suami tercinta.

“Saya menghilang seketika kerana nak kenal hati budi suami. Sebabnya saya kenal dia sekejap sangat sebelum ambil keputusan berkahwin.

“Kami gunakan masa itu untuk pergi berjalan-jalan dengan melancong ke Thailand, negara Eropah dan beberapa tempat menarik lain.

“Kalau tiada ‘shooting’, saya lakukan aktiviti lain kerana suami bekerja dalam bidang cari gali minyak dan gas. Jadi dia selalu ke Abu Dhabi, hingga berbulan-bulan.

“Bila ada masa, kami akan melancong ke negara luar. Saya juga cuba buat aktiviti sihat seperti berlari, berbasikal, mendaki gunung dan

‘overlanding camping’ dengan suami atau keluarga,” katanya.

Bagaimanapun pelakon drama Isteri Tuan Ihsan dan filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior ini memberitahu, dia bukan menghilang terus kerana tetap aktif berlakon sepanjang tempoh itu.

“Ada sahaja drama lakonan saya dengan produksi Suhan Movies, Skop Productions, Radius One dan banyak lagi yang ditayangkan di televisyen, ketika masih bercuti itu.

“Bagaimanapun, sepanjang dua tahun berkahwin saya sudah terbabit dengan beberapa drama seperti 30 Pesanan Suara, Rahsia Kasih, Dendam Cinta Arissa dengan membawakan pelbagai watak berbeza.

“Tahun lepas saya terbabit ‘shooting’ drama bersiri KL Gangster Underworld 2 yang kini ditayangkan menerusi WeTV,” katanya.

Ruzana berkata, filem lakonannya berjudul Zombitopia juga sepatutnya menemui penonton pada Februari lalu.

“Penggambaran dibuat beberapa tahun lalu, sewaktu saya masih berambut pendek. Namun dengan situasi semasa Covid-19 ini, tarikh tayangan belum pasti lagi.

“Tahun ini banyak perkara terganggu kerana penularan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi di.antara tempoh itu, mana yang boleh ‘shooting’ saya akan buat termasuk sambung penggambaran drama Dendam Cinta Arissa yang ditayangkan semasa PKP lalu,” katanya.

Ruzana juga baharu selesai penggambaran program 13 episod berjudul Kaki Gunung untuk TV1 RTM.

“Saya kena mendaki 15 buah puncak gunung di seluruh pelosok Semenanjung Malaysia. Ia sebuah program yang lasak dan saya melalui pelbagai pengalaman pahit manis.

“Apa yang dilalui memang pengalaman sebenar. Disebabkan itu, saya terpaksa tolak tawaran lain kerana perlu fokus pada program ini.

“Dalam masa sama, saya lancarkan semula perniagaan dengan suami iaitu keropok Leko Crunch, Leko Frozen dan Leko Cheese.

RUZANA menyukai aktiviti sukan ekstrem dan sihat.
RUZANA menyukai aktiviti sukan ekstrem dan sihat.

“Kami berdua cuba luangkan masa juga untuk perniagaan ini. Dari semasa ke semasa, saya akan turun naik balik Cherating kerana

suami berasal dari sana,” katanya.

Menurut Ruzana, suaminya juga mempunyai Surf Cafe dikenali Ombok Cherating Surf Cafe berkongsi dengan seorang rakan.

Cabaran Misteri Mona

Ruzana kini mencuri tumpuan peminat menerusi drama bersiri Misteri Mona yang ditayangkan menerusi TV3.

“Alhamdulillah, saya bersyukur diberikan kepercayaan berlakon dalam karya ini. Penonton sangat suka dan kata ia bukan drama ‘klise’.

“Ia setanding dengan drama antarabangsa seperti Hollywood. Kita dapat lihat kualiti produksinya pun terjaga.

“Salah satu cabaran yang sebelum ini saya dan Janna Nick lalui ialah untuk melakonkan semula watak masing-masing kerana kami adalah orang yang sama.

“Masing-masing kena tengok ‘playback’ untuk perhatikan ekpresi dan gerak-geri sesama sendiri. Kami berdua cuba sedaya upaya merealisasikan gaya, intonasi dan pelbagai lagi supaya seimbang,” katanya.

Ruzana akui dia seronok berlakon di bawah arahan Amor Rizan yang disifatkannya sangat kreatif.

“Saya prihatin dengan kehendaknya (Amor) dan cuba sedaya upaya bawakan dengan cara sendiri. Alhamdulillah, dia suka.

“Saya turut beruntung kerana dapat rakan pelakon yang bagus sekali gus memudahkan kerja. Seronok bekerjasama dengan pasukan kerja yang sangat profesional.

“Amor juga minta saya gunakan suara dalam (bass voice). Suara saya bukanlah jenis begitu, tapi saya anggap cabaran apabila melontarkan dialog dengan mengawal intonasi untuk buatkan Mona lagi misteri,” katanya.

Bagi perkembangan kerjayanya tahun depan, Ruzana akan terbabit dengan satu projek besar, namun belum bersedia mengumumkannya.

“Apabila dah benar pasti, baharu saya akan kongsi. Namun di antaranya ialah saya akan terbabit dengan projek Radio Teater Nasional.

“Teater berjudul Datuk Seri yang pernah dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPAC) akan dibuat dalam versi Radio Teater Nasional.

“Jadi lakonan kami akan dibuat hanya menggunakan suara,” katanya yang turut aktif di pentas teater.

'Saya bukan bawa diri' | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo