Infotainment

“Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Itu Selepas Lancar Teaser Di IG”

“Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Itu Selepas Lancar Teaser Di IG”
"Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Itu Selepas Lancar Teaser Di IG" 1

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon baru, Sharifah Rose apabila perniagaannya didakwa meniru nama dan serta reka bentuk satu jenama tempatan, Sekuntom.

Selepas beberapa hari berdiam diri, akhirnya pelakon itu memuat naik satu perkongsian di Instagram menjelaskan mengenai isu berkenaan.

BACA: Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?

Menurut Rose, dia merupakan pendatang baru dalam dunia perniagaan dan banyak perkara dia perlu pelajari serta menerima pandangan dan kritikan dengan hati yang terbuka.

Katanya lagi, dia tidak tahu mengenai jenama tempatan itu sebelum melancarkan teaser peniagaannya di Instagram dan kajian sudah pun dijalankan sebelum pemilihan nama.

“Pada awal mula pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan. Cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di IG,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rose berkata pemilihan nama Sekuntum itu kerana ia sangat dekat dengannya kerana keluarga memanggilnya dengan gelaran tersbeut.

Kata Rose lagi, dia memohon maaf sekiranya ada mencetuskan kekeliruan malah pihaknya juga sudah pun mendaftar jenama website jenama tersebut pada September lalu.

“Banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangan segala persediaan sudah dilaksanakan. Buat masa ini, sekali lagi, dengan rasa rendah diri, ingin memohon maaf sekiranya Rose dianggap mencetuskan kekeliruan dan tentunya sebelum memulakan bisnes kajian telah dibuat oleh team saya.

“Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan jujurnya kami telah pun mendaftar website syarikat www.sekuntum.com pada bulan september lalu,” tulisnya.


"Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Itu Selepas Lancar Teaser Di IG" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list