Berita

‘Saya minta maaf, memang silap saya’ – Aiman Tino

'Saya minta maaf, memang silap saya' - Aiman Tino 2

Kuala Lumpur: Penyanyi Aiman Tino memohon maaf atas kesalahannya ‘menghilangkan’ diri dan tidak menjawab panggilan dan membalas mesej ibu bapanya.

Aiman berkata, status yang dimuat naik ibunya, Hazelina Mat Jalil di Instagram semalam adalah kerana salah faham.

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham dan kesalahan saya sendiri. Sejak dulu, tabiat saya memang lambat membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan sekali gus timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di Instagram. Bukan sengaja tidak mahu menjawab tapi saya terlupa nak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.

“Saya mula sedar yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan hingga mereka boleh berfikir macam-macam,” katanya.

Menurut Aiman, dia sudah pulang ke rumah keluarganya di Kuala Kubu Bharu, Selangor untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dan tidak akan mengambil mudah terhadap sesuatu perkara hingga boleh menyusahkan orang lain.

Menjawab dakwaan ibunya yang mengatakan dia kini dikongkong gadis dikenali sebagai Farah, Aiman mengaku mengenali wanita itu dan mereka berkenalan atas urusan kerja.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Seperti saya cakap, semua ini silap sendiri. Harap isu ini tidak berpanjangan. Saya enggan keruhkan keadaan lagi,” katanya.

Terdahulu, Hazelina menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan dengan sikap anaknya yang dikatakan mula berubah selepas mengenali seorang wanita bernama Farah.

Berita berkaitan

‘Jawablah panggilan kami Aiman’

'Saya minta maaf, memang silap saya' - Aiman Tino 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo