Infotainment

“Saya Nak Bersemuka Dengan Michael Ang, Apa Masalah Dia Dengan Saya?”

"Saya Nak Bersemuka Dengan Michael Ang, Apa Masalah Dia Dengan Saya?" 1

"Saya Nak Bersemuka Dengan Michael Ang, Apa Masalah Dia Dengan Saya?" 2

Kesal dan kecewa dengan sikap Michael Ang yang sering memberikan kritikan pedas terhadap persembahannya sepajang program Gegar Vaganza berlangsung, Noraniza Idris mahu bersemuka dengan pengarah terkenal itu.

Menurut Noraniza meskipun dia langsung tidak membaca komen netizen namun cemuhan oleh pengarah tersebut membuatkan emosinya terganggu. Malah, apa yang ditulis oleh Michael mengguris hati ahli keluarganya.

BACA: Suami Buat Solat Sunat Sebelum Benarkan Noraniza Idris Sertai GV7

"Saya Nak Bersemuka Dengan Michael Ang, Apa Masalah Dia Dengan Saya?" 3

“Saya tidak akan baca komen negatif ditulis netizen, pihak pengurusan selalu akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.

“Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan dengan saya. Kalau sekalipun tak suka saya, sekurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertangingan.

“Saya boleh terima komen negatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh mencalarkan maruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Noraniza turut meluahkan hasratnya untuk bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan. Ujarnya, dia bukan jenis yang hanya akan berdiam diri.

“Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau menangis. Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia. Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.

“Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Teruk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang? Walaupun saya tidaklah bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina.

“Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa. Bila saya baca komen negatif macam tu, saya akui ada kalanya saya tak boleh fokus dalam memberikan persembahan,” katanya.



"Saya Nak Bersemuka Dengan Michael Ang, Apa Masalah Dia Dengan Saya?" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo