Infotainment

“Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel”

"Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel" 1

"Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel" 2

Kemelut rumah tangga Nadia Brian hangat diperkatakan kembali apabila pelakon itu mengakui suaminya, Muizz Nasruddin sudah pun menfailkan perceraian dan menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah.

Mengesahkan perkara itu, Muizz berkata dia menfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada 2 Oktober lalu. Ujarnya, jika dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap lelaki dayus.

BACA: Nadia Brian Akui Suami Sudah Failkan Perceraian

“Sepatutnya tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November lalu, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.

“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya,” katanya.

Dalam pada itu, Muizz berkata dia sudah pun membuat laporan polis pada 6 Oktober lalu serta mempunyai bukti isterinya menginap di sebuah hotel bersama seorang lelaki. Dakwanya lagi, dia melihat dengan matanya sendiri kejadian itu.

“Ramai yang tanyakan mengenai bukti-bukti yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Namun, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan polis, saya serahkan kepada mereka. Ada juga bukti dan keterangan lain daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap di situ selama dua malam.

“Sekiranya siasatan selesai, apa yang dilakukan lelaki ini adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah,

“Saya tak faham ‘fitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya.  Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya,” katanya.

Menurut Muizz lagi, dia turut kesal apabila isterinya masih cuba berselindung walaupun sudah mengakui kesilapannya. Muizz turut mempersoalkan mengapa isterinya dakwa difitnah sedangkan sudah akui kesilapannya.

“Saya sudah tunjuk bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya.

“Adakah itu masih fitnah? Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mangsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini jahat. Kenapa masih menegakkan benang basah?

“Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan maruah saya dan keluarga. Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita.” katanya.



"Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo