Berita

‘Saya tahu nyawa manusia lebih penting’

'Saya tahu nyawa manusia lebih penting' 1

'Saya tahu nyawa manusia lebih penting' 2

Kuala Lumpur: “Tujuh tahun Blicka (kuda peliharaannya) bersama saya sejak usianya masih kecil dan perasaan kehilangannya ketika banjir tempoh hari sukar dilupakan,” kata Nur Farhana Abdul Mubin, 33.

Nur Farhana berkata, kehilangan dua daripada lima kuda peliharaannya iaitu Blicka dan anaknya, Blichoe yang baru berusia setahun disebabkan bencana banjir di rumahnya di Kampung Durian Sebantang, Dong, Raub, Pahang.

Selepas tiga hari kehilangan, atas pertolongan penduduk dan ahli kelab kuda disertainya, Blicka dijumpai di tebing sungai sejauh dua kilometer dari kandangnya, pada 4 petang semalam.

Namun, Nur Farhana berkata, sebelum menjumpai Blicka, dia dan penduduk kampung terlebih dahulu menjumpai bangkai Blichoe yang tidak terselamat.

“Blicka sangat menjaga anak-anaknya dan mungkin pada waktu kejadian dia cuba untuk menyelamatkan anaknya dan turut dibawa arus.

“Saya tahu nyawa manusia lebih penting ketika bencana banjir ini dan kerana itu saya tidak tahu mahu meminta bantuan kepada siapa.

“Mujur, ada pihak membantu saya walaupun mereka masing-masing ditimpa musibah dengan kemusnahan harta benda termasuk ternakan yang diusahakan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nur Farhana yang juga pemilik kedai haiwan peliharaan berkata, walaupun ketika tempoh tiga hari kehilangan kudanya, dia tetap mengikuti badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team membantu mangsa banjir sekitar Raub, Pahang.

“Penderitaan yang saya alami tidak seteruk mereka yang hilang tempat tinggal apatah lagi ada yang kehilangan insan tersayang.

“Kerana itu, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa dalam misi pencarian itu dan sangat berterima kasih atas jasa mereka yang sukarela membantu,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian banjir itu, dia, suami dan dua orang anaknya tiada di rumah atas urusan kerja di Putrajaya.

“Pembantu penjaga haiwan peliharaan saya menghubungi dan memberitahu situasi yang berlaku pada 11 malam.

“Mereka sangkakan kelima-lima kuda saya ada di dalam kandang dan hanya sempat menyelamatkan rakun seberat 20 kilogram yang berada dalam sangkar,” katanya.

Katanya, ketika kejadian dia tidak dapat tidur malam dan sebaik jalan dibuka, dia dan keluarganya bergegas pulang ke rumahnya.

Nur Farhana berkata, banjir kali ini dianggap bencana terburuk di Raub berbanding sebelumnya yang berlaku pada tahun 2014.

“Banjir setinggi lebih 1.5 meter hingga menyebabkan kemusnahan barangan termasuk kandang kuda saya,” katanya.

Terdahulu, Nur Farhana memuatnaik video merayu orang ramai membantunya dalam pencarian dua ekor kuda kesayangannya yang hilang akibat bencana banjir di Facebook miliknya.

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet dan ahli kelab kuda yang disertainya sehingga ada yang sanggup datang dari Kelantan untuk membantunya.

'Saya tahu nyawa manusia lebih penting' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo