Infotainment

“Saya Tak Cemburu Dengan Siti Nordiana”

“Saya Tak Cemburu Dengan Siti Nordiana”
"Saya Tak Cemburu Dengan Siti Nordiana" 1

Tahun lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan termasuk penyanyi Syura Badron.

Menafikan dakwaan dia menyimpan perasan cemburu terhadap kejayaan Siti Nordiana, Syura berkata dia tidak pernah ada perasaan itu serta menganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

BACA: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman Siti Nordiana

“Saya tak pernah terfikir pun untuk naikkan nama. Apatah lagi dengan kontroversi yang tidak baik. Bagi saya, apa yang berlaku ada sebab. Kita pun tak boleh nak cakap lebih sebab benda dah jadi. Ramai kata saya cemburu dengan kejayaan Nana. Tapi tidak sekali-kali ada perasaan cemburu.

“Macam mana pun, saya bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku. Terima dengan hati terbuka dan berhadap satu keputusan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Syura mengaku banyak menerima kecaman di ruangan komen dan mesej sepanjang enam bulan isu itu terjadi. Ujarnya, dia tertekan apabila menerima kecaman secara melampau meskipun sudah lama berkecimpung dalam dunia seni.

“Sudah enam bulan isu ini dan sememangnya saya ada menerima kecaman. Bukan saja di ruang komen tapi ada juga netizen yang mesej secara peribadi di Instagram.

“Komen-komen negatif dan melampau sehingga melibatkan maruah. Walaupun dah jadi artis hampir 20 tahun, emosi tetap terganggu dengan komen melampau.

“Bila saya rasa down, kawan-kawan la tempat saya untuk lepaskan tekanan. Bersyukur ada kawan-kawan yang banyak bantu dan tanya khabar,” katanya.


"Saya Tak Cemburu Dengan Siti Nordiana" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo