Infotainment

“Saya Tengah Bawa Kereta Pun Mengaji”

“Saya Tengah Bawa Kereta Pun Mengaji”
"Saya Tengah Bawa Kereta Pun Mengaji" 1

Melihatkan perubahan positif suaminya, penyanyi Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah berkata dia juga kini turut berusaha untuk mendalami agama.

Menurut Bella, hampir setiap hari dia mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis yang lain termasuk Amyra Rosli, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.

BACA: Bella Astillah Syukur Suami Penyayang, Aliff Aziz Bangga Isteri Cantik

“Saya mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain. Kami ada grup dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama. Macam saya tengah bawa kereta pun, tetap akan mengaji. Walaupun Amyra Rosli tengah shooting, tengah berhenti ‘make up’, dia sama (mengaji).

“Jadi, kita nampak usaha semua orang. Sebenarnya, semua bermula daripada ‘zero’ di mana kita mula (belajar) daripada ‘alif ba ta’ sebab nak perbaiki sebutan dan perkara itu bagus. Orang cakap, semua sama level (peringkat),” katanya.

Mengulas mengenai keputusan Aliff untuk kembali aktif dalam dunia seni dengan menyertai Gegar Vaganza, Bella berkata ia tidak mengganggu Aliff yang kini berada di fasa mendekatkan diri dengan agama.

“Sepanjang kenal Aliff dari usia 18 tahun, saya tak pernah tengok perubahan dirinya sampai tahap sekarang. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi saya sangat gembira dengan dirinya.

“Aliff masuk GV8 dengan niat untuk buat kemunculan semula sebagai seorang penyanyi. Benda ini tak ganggu pun apa yang dia buat sekarang (belajar agama). Insya-Allah, saya bagi sokongan dan semangat.

“Saya tahu orang akan cakap itu ini tapi kita tak boleh puaskan hati semua orang. Sebagai isteri, saya tahu dia sedang buat yang terbaik bukan orang orang lain tetapi dirinya sendiri,” katanya.


"Saya Tengah Bawa Kereta Pun Mengaji" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo