Berita

‘Saya terkejut, mereka tak pernah balik dengan motosikal’

'Saya terkejut, mereka tak pernah balik dengan motosikal' 1

'Saya terkejut, mereka tak pernah balik dengan motosikal' 2

Slim River: “Mereka berdua tidak pernah balik dengan motosikal dan biasanya balik kampung dengan kereta,” kata Ahmad Puteh, 72, bapa kepada Norwahidah, 34.

Norwahidah dan suaminya Mohamad Nazrul Ismail, 41, maut selepas skuter mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum kedua-dua kenderaan terbakar di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari itu, Mohamad Nazrul meninggal dunia di lokasi, manakala Norwahidah menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River (HSR).

Ahmad berkata, dia terkejut melihat anak bongsu daripada tiga beradik itu bersama menantunya pulang melawatnya di Kampung Terap, Kulim pada 1 tengah hari Sabtu lalu.

Menurutnya, anak dan menantunya hanya singgah makan tengah hari di rumahnya ketika itu.

“Selepas makan, mereka bertolak ke rumah bapa saudaranya di Batu Kurau dan bermalam di sana selama dua malam sebelum pulang ke Selangor, hari ini.

“Sebelum mereka bertolak, saya bersama isteri sempat berpesan kepada arwah agar berhati-hati ketika berada di jalan raya kerana bimbang akan keselamatan mereka berdua,” katanya ketika ditemui di pekarangan HSR.

Menurutnya, anak dan menantunya sebelum itu bermalam di rumah keluarga Nazrul di Kampung Permatang Tiga Ringgit, Kepala Batas.

Katanya, anaknya bekerja sebagai kerani dan menantu pula bertugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Sungai Buloh dan mereka menetap di Damansara Damai.

“Saya terkejut bila menerima panggilan telefon yang memaklumkan anak dan menantu saya meninggal dunia,” katanya.

Ahmad berkata, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun dan tinggal dengan bapa saudaranya di Seberang Jaya.

Menurutnya, arwah sempat berjumpa dengan anaknya itu sebelum mereka ke Kepala Batas.

Katanya, kedua-dua jenazah akan dibawa pulang malam ini juga dan akan dikebumikan di Kampung Permatang Tiga Ringgit, Kepala Batas.

Berita berkaitan

Suami isteri maut rempuh kereta melintang

'Saya terkejut, mereka tak pernah balik dengan motosikal' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo