Infotainment

“Sebagai Public Figure Perlu Bagi Contoh Baik, Galak Orang Patuh SOP”

"Sebagai Public Figure Perlu Bagi Contoh Baik, Galak Orang Patuh SOP" 2

Melihatkan kes covid-19 yang direkodkan masih berada di paras empat angka, pelakon Nur Fazura akui bimbang lebih-lebih lagi keselamatan anaknya, Nur Fatima Aisha baru berusia 6 bulan.

Menurut Fazura, dia tidak pernah membawa anaknya keluar ke pusat beli belah. Ujarnya, jika dia perlu keluar, perkara paling dibimbangkan adalah keadaan anaknya.

BACA: “Tak Boleh Rentas, Jangan Rentas…”

“Fatima pun tak pernah lagi saya bawa keluar kemana-mana pusat beli belah. Saya nak keluar pun saya akan fikir anak apatah lagi nak bawa dia keluar, sangat menyeramkan,” katanya.

Akui sedih kerana tidak dapat merentas negeri untuk menziarahi neneknya yang kurang sihat, bagaimanapun, Fazura yakin dengan SOP yang ditetapkan kerajaan adalah untuk kebaikan semua.

“Saya sedih sebab saya mempunyai nenek yang kurang sihat di kampung tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya sudah berbulan-bulan. Tetapi saya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Kalau dilaksananakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), nanti banyak perkara yang akan terjejas. Tapi bila diberikan kelonggaran, kita langgar pula kelonggaran itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura berkata sebagai seorang public figure, mereka seharusnya memberikan contoh yang baik kepada orang awam dalam mematuhi SOP.

“Peraturan nombor satu, kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

“Kedua, sebagai seorang ‘public figure’ kita perlu bagi contoh yang baik dan menggalakkan orang ramai untuk mematuhi SOP supaya membantu negara kita bebas dari jangkitan Covid-19”, katanya.



"Sebagai Public Figure Perlu Bagi Contoh Baik, Galak Orang Patuh SOP" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo