Artikel Terkini

Sebelum saya bersalin, dia mengaku ada hubungan dengan Syamsul – Puteri Sarah

Sebelum saya bersalin, dia mengaku ada hubungan dengan Syamsul – Puteri Sarah
Sebelum saya bersalin, dia mengaku ada hubungan dengan Syamsul - Puteri Sarah 1

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah membuat pendedahan, sehari sebelum bersalin anak kedua, Sumayyah, pihak ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya mengaku menjalin hubungan dengan suami, Syamsul Yusof.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia sendiri tidak mengerti apa motif wanita itu berbuat demikian pada saat dirinya sedang sarat hamil.

“Sehari sebelum saya lahirkan Sumayyah adalah hari pihak ketiga membuat pengakuan kepada saya dia ada hubungan dengan suami.

“Waktu itu, saya sedang mengandung sembilan bulan. Kenapa? (dia bertindak sedemikian). Saya tak tahu. Tiada hati perut namanya itu,” katanya menerusi satu entri dalam Instastory.

Sebelum saya bersalin, dia mengaku ada hubungan dengan Syamsul - Puteri Sarah 2
Entri dimuatnaik Puteri Sarah menerusi Instastory tentang hubungan suaminya dengan pihak ketiga. – Instagram. 

Sementara itu, dalam muat naik entri berasingan, pelakon drama rantaian, AKu Seorang Perempuan itu menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya dia tergila-gilakan harta suaminya yang merupakan pengarahn filem berstatus jutawan.

“Maklumlah, working mum (ibu bekerjaya) cari rezekikan. Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus.

“Saya tertanya-tanya mengapa saya pula dikatakan nak harta suami? Saya pergi bercuti pun pakai duit sendiri. Yang belah sana itu minta macam-macamlah – keretalah, duitlah.

“Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Kelakar, maruah tiada kerana duit,” coret Sarah, 37.

Minggu ini, kecoh dakwaan netizen mengatakan Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin.

Anak kepada kepada pelakon Kazar Saisi itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah sekian lama tidak tinggal sebumbung.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE


Sebelum saya bersalin, dia mengaku ada hubungan dengan Syamsul - Puteri Sarah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo