Kini Trending
Diam-diam dah kahwin.
Selepas sebulan berahsia, selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose berkongsi berita gembira apabila mereka sudah bergelar pasangan suami isteri pada 5 November lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Welcome Board’ Majlis Kahwin Tular, Uqasha Senrose & Kamal Adli Nikah Bulan Ini?
Uqasha, 29, selamat bergelar isteri Kamal, 35, dengan dua kali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup.
Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Pada majlis bertemakan dalam taman itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.
Ketika ditemui OhBulan!, Kamal dan Uqasha menyatakan mereka tidak ada niat untuk merahsiakan kepada orang ramai mengenai majlis perkahwinan mereka.
Kami tak ada niat untuk merahsiakan majlis perkahwinan kami. Kami dah berbincang dengan pihak Astro jadi kami menghormati.
Selepas kami terpaksa tangguh beberapa kali majlis, jadi saya dan Kamal memilih untuk buat majlis yang wajib dulu. Dekat sebulan juga kami rahsiakan.
Alhamdulillah, selesai satu majlis iaitu akad nikah. Kemudian, diikuti malam berinai dan majlis resepsi. Majlis kami dihadiri oleh hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan virus Covid-19 yang semakin menular.
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo