Infotainment

‘Secara Teknikal, Ini Video Lama’ – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’

'Secara Teknikal, Ini Video Lama' – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu 'Buat Bodoh-Bodoh' 2

Isu & Kontroversi

'Secara Teknikal, Ini Video Lama' – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu 'Buat Bodoh-Bodoh' 3

Beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai penjelasan motivator terkenal iaitu Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tentang jodoh lambat itu disebabkan wanita terlalu berdikari dan mengejar kerjayanya. Hal ini scecara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan dan ramai yang mengecamnya.

Artikel Berkaitan: ‘Biarlah Macam Bodoh-Bodoh Sikit’ – Kongsi Tips Jodoh Untuk Wanita, Kenyataan Prof Muhaya Terima Kecaman

Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Tak Ajar Untuk Jadi Bodoh-Bodoh Depan Lelaki…’ – Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya

Terbaru, Prof Muhaya telah tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkannya itu.

'Secara Teknikal, Ini Video Lama' – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu 'Buat Bodoh-Bodoh' 5

Menurut Prof Muhaya, video berdurasi 56 saat itu sudah lama diterbitkan iaitu pada 6 Februari 2021 yang lalu. Jelasnya, tujuan video tersebut adalah untuk menjawab persoalan KK Talib dan komen di Facebook mengenai dilema yang dilalui para wanita antara mengejar kerjaya, cinta dan keluarga.

Tambah Prof Muhaya lagi, dia tidak menyangka perkongsian video itu telah menimbulkan rasa kurang senang sehingga mencetuskan pertikaian orang ramai.

Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”. Secara teknikalnya, ini adalah video lama.

'Secara Teknikal, Ini Video Lama' – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu 'Buat Bodoh-Bodoh' 7

Dalam pada itu, Prof Muhaya tampil memohon maaf atas salah faham mengenai perkara ini. Sementara itu, Prof Muhaya memaklumkan sekiranya ada individu yang ingin mengetahui keseluruhan mesej yang disampaikan dalam video tersebut, bolehlah menonton di Youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA.

Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.

Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

Sumber: Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad


'Secara Teknikal, Ini Video Lama' – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu 'Buat Bodoh-Bodoh' 9

The following two tabs change content below.



'Secara Teknikal, Ini Video Lama' – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu 'Buat Bodoh-Bodoh' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo