Infotainment

Seekor Kucing ‘Hijack’ Pesawat Komersial, Juruterbang Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan

Seekor Kucing 'Hijack' Pesawat Komersial, Juruterbang Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan 2

Sebuah pesawat syarikat penerbangan Sudan terpaksa membuat pusingan U dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum setelah juruterbang itu diserang oleh seekor kucing yang menyelinap masuk ke dalam perut kapal terbang.

Dilaporkan oleh Al Sudani News, kejadian itu berlaku pada hari Rabu minggu lalu yang melibatkan penerbangan Tarco Airlines ke Qatar. Kucing itu dikatakan menyerang juruterbang kira-kira 30 minit setelah pesawat itu berlepas.

Difahamkan bahawa kucing itu ingin keluar dari perut kapal terbang tetapi tidak dapat kerana pintu sudah ditutup, jadi kucing itu menyerang anak kapal.

Beberapa orang cuba melakukan pelbagai cubaan untuk menangkap kucing itu, namun gagal. Pilihan terakhir adalah juruterbang terpaksa berpusing dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Melalui siasatan, kucing itu dilaporkan menyelinap masuk ke dalam perut pesawat pada malam hari ketika pesawat itu diletakkan di hangar lapangan terbang Khartoum.

Bagi para penumpang, mereka merasa amat lega kerana kejadian itu tidak mendatangkan kesan buruk kepada mereka.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama haiwan ditemui di dalam kapal terbang. Pada tahun 2004, kejadian yang sama melibatkan seekor kucing sehingga juruterbang terpaksa membuat pusingan dan mendarat cemas.

Pakar dakwa temui lokasi nahas MH370, mohon pencarian dimulakan segera. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Dakwa Temui Lokasi Nahas MH370, Mohon Pencarian Dimulakan Segera

Bekas PM Australia Dedah Kerajaan Malaysia ‘Tahu’ MH370 Adalah Jenayah Bunuh Diri

 



Seekor Kucing 'Hijack' Pesawat Komersial, Juruterbang Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo