Infotainment

Sekadar Berkongsi Minat & Pengetahuan, 7 TikTok Creators Ni Berjaya Tarik Perhatian Ramai!

Sekadar Berkongsi Minat & Pengetahuan, 7 TikTok Creators Ni Berjaya Tarik Perhatian Ramai!
Sekadar Berkongsi Minat & Pengetahuan, 7 TikTok Creators Ni Berjaya Tarik Perhatian Ramai! 1
@mathanedward

Mathan memilih untuk berkongsi dengan pengguna TikTok pelbagai resipi yang dia cuba di rumah.

Setakat masakkan Melayu, Cina dan India semua Mathan dah tapau habis, memang Pakar Masakan Malaysia! Macam-macam benda dah dia masak. Sampaikan orang siap request dia masak makanan arab pun dia boleh buat ya! Hebat teruk!

Minat Mathan dalam bidang masakan bermula ketika dia masih kecil, dia yang rajin menolong ibu di dapur serba sedikit dapat belajar akan selok-belok masakan.

@tiktok_malaysia TikTok Creator – mathanedward ? Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Siapa sangka dengan ilmu masakan tersebut menjadikan Mathan sebagai salah satu figura yang mempunyai ramai pengikut berbilang bangsa di aplikasi TikTok! 

Mathan sekarang dah mula dibanjiri tawaran kolaborasi dari pelbagai pihak dan mula mendapat liputan daripada pelbagai media.

Nak tengok resipi yang Mathan masak? Klik je DI SINI!

Ni dia Doktor Fakta Bukan Auta! Tujuan utama Dr. Samhan aktif di TikTok adalah bagi mendidik orang ramai tentang mitos dan perkara-perkara yang orang ramai selalu salah faham berkaitan hal kesihatan.

Senang cakap Dr. Samhan akan rungkaikan hal-hal palsu dan tingkatkan kesedaran orang ramai tentang isu kesihatan dengan cara yang mudah difahami lagi-lagi pada ketika kita sedang berjaga-jaga dengan wabak Covid-19 sekarang.

@tiktok_malaysia TikTok Creator – dr.samhan ? Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Selain tu, Dr. Samhan juga banyak kongsikan tips berguna macam video pertamanya yang viral mengenai sakit belakang, dari video ni orang ramai dapat belajar macam mana nak legakan sakit belakang dengan mudah dan pantas! 

Jadi kalau nak tahu sejauh mana betulnya pengetahuan korang tentang hal kesihatan dan apa tips mudah yang boleh membantu meningkatkan kesihatan korang kena follow Dr. Samhan DI SINI!

@alexhkfLet’s drop that money! ??? original sound – Ian Asher

Buat Alex, TikTok adalah platform yang membantu dia untuk kekal termotivasi.

Dunia yang seakan kelam ketika tu bertukar menjadi lebih ceria bila Alex berjaya menjadikan TikTok sebagai tempat untuk dia menyerlahkan bakatnya dalam bidang tarian dan terus berkreativiti tanpa batasan.

Semuanya bermula bila Alex memberikan dirinya sendiri ‘tugasan’ yang memerlukan dia untuk mencipta content selama 100 hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

@tiktok_malaysia TikTok Creator – AlexShare your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Bermula dari sini Alex berjaya mengumpul 1 juta pengikut, bahkan sehingga ke hari ni Alex dah pun ada 5 juta pengikut tau!

Sekarang Alex bukan je dikenali sebagai Penari Bergaya Rancak tapi dia dah kembangkan lagi kreativiti dia dengan berkongsi pelbagai video transition dan transformation serta berkongsi rutin harian dia di TikTok. Jom follow Alex KAT SINI.

@itsafiqhakim

Sejak berusia 15 tahun lagi Afiq dah mula minat nak buat parodi untuk trailer filem dan iklan. Sejak tu sampailah dia dah berusia 24 tahun sekarang banyak aplikasi media sosial dah dia cuba untuk serlahkan bakat parodi dia tu.

Pada 2019 Afiq muat turun TikTok tanpa sebarang niat nak buat parodi dekat aplikasi ni pun. Tapi! Dekat sinilah bakat dia mula mendapat perhatian ramai sampaikan orang panggil dia ‘The Rock’ versi Malaysia!

@tiktok_malaysia Tiktok Creator – itsafiqhakim Share your passion with #FindYourPurpose ? original sound – TikTok Malaysia

Afiq mula menjadi sebutan ramai bila dia buat trend ‘My Mom Met My Dad’ melalui posting ni Afiq buat gerak bibir mengikut audio ‘This is My Family’ dari STEERLING, dekat situ Afiq tunjuk yang celebrity parent-lookalikes dia adalah Shaheizy Sam dan Dwayne Johnson! Kelakar weh! Tapi bila tengok balik, memang sama juga rupa dorang ni!

Kalau korang nak tengok vide0-video kelakar daripada Afiq yang akan menghiburkan hati korang boleh terus ke SINI.


Sekadar Berkongsi Minat & Pengetahuan, 7 TikTok Creators Ni Berjaya Tarik Perhatian Ramai! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo