Berita

Sekolah diserang, 300 pelajar hilang

Sekolah diserang, 300 pelajar hilang 1

Sekolah diserang, 300 pelajar hilang 2

Lagos: Seramai 333 pelajar hilang selepas sebuah sekolah menengah di Katsina, negeri di barat laut Nigeria diserang lelaki bersenjata pada Jumaat malam, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gabenor negeri Aminu Masari, memaklumkan kejadian itu ketika menerima kunjungan yang diketuai Penasihat Keselamatan Negara Babagana Monguno di Katsina pada Ahad.

Menurut beliau, Sekolah Menengah Sains kerajaan di daerah Kankara itu mempunyai kemudahan asrama, menempatkan 839 pelajar, dan mereka yang diculik datang dari seluruh negeri.

“Berdasarkan rekod, kami masih mencari 333 pelajar sama ada mereka bersembunyi di hutan atau berada bersama ibu bapa mereka untuk memastikan jumlah sebenar yang diculik,” kata Masari.

“Kami masih mengira kerana semakin ramai yang keluar dari hutan dan kami menghubungi ibu bapa yang mempunyai nombor telefon untuk mengetahui sama ada anak-anak mereka sudah pulang atau tidak,” tambahnya.

“Pemerintah masih belum dihubungi oleh mana-mana kumpulan atau orang yang bertanggungjawab atas penculikan pelajar itu,” kata gabenor.

Masari sudah memerintahkan penutupan segera semua sekolah menengah berasrama di negeri ini dan meminta orang ramai bersabar kerana kerajaan sedang berusaha membebaskan pelajar yang diculik.

Jurucakap polis Katsina Gambo Isah berkata, lebih 200 pelajar yang lari ke bandar untuk menyelamatkan diri, sudah kembali semula ke sekolah pada Sabtu pagi.

Sementara itu, Presiden Muhammadu Buhari dalalm satu kenyataan pada Sabtu mengecam serangan itu dan mengarahkan pihak keselamatan memburu penyerang untuk memastikan tiada pelajar yang hilang atau dicederakan.

Beliau turut menggesa pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan terhadap jumlah pelajar dan meminta ibu bapa yang membawa pulang anak mereka memaklumkan kepada pihak sekolah.

Buhari berikrar kerajaan akan terus menyokong usaha polis dan tentera dalam perjuangan mereka menentang pengganas dan penyamun.

Sekolah diserang, 300 pelajar hilang 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo