Infotainment

Sekumpulan Pemuda Hasilkan Bugatti Chiron ‘Copy Ori’ Guna Tanah Liat

Sekumpulan Pemuda Hasilkan Bugatti Chiron ‘Copy Ori’ Guna Tanah Liat
Sekumpulan Pemuda Hasilkan Bugatti Chiron 'Copy Ori' Guna Tanah Liat 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Jenama Bugatti memang cukup terkenal dikalangan peminat-peminat kereta dan hanya pelanggan yang berprestij tinggi sahaja dibenarkan untuk memiliki model-model yang dikeluarkan dalam kuantiti terhad buatan Perancis itu.

Namun, itu bukan satu penghalang bagi sekumpulan pemuda Vietnam, dikenali sebagai NHẾT TV, apabila mereka berjaya menghasilkan sebuah kereta replika Bugatti Chiron yang hampir mirip seperti model asal.

Kereta Bugatti Chiron ‘Made in Vietnam‘ itu dihasilkan di belakang kawasan rumah mereka sahaja. Difahamkan kereta replika itu mengambil masa kira-kira hampir satu tahun untuk disiapkan.

Menerusi video YouTube yang dikongsikan oleh NHẾT TV, kita dapat lihat reka bentuk luaran ‘Bugatti Chiron’ itu telah dibuat menggunakan tanah liat dan bahan-bahan lain yang mudah didapati untuk menyiapkan kereta itu. Hypercar replika itu turut dikuasakan dengan enjin Toyota lama bagi membolehkan kereta ini bergerak mengelilingi kawasan setempat mereka.

“Kami menghabiskan 1 tahun membina kereta ini dalam merealisasikan impian kami untuk memiliki kereta super Bugatti Chiron dengan cara kami, lelaki yang tidak mempunyai wang yang banyak.

“Ini adalah video yang rumusan proses yang telah kami bina selama setahun dan kami masih menambah baik serta melengkapkan kereta ini dalam masa terdekat.

“Kami berharap mendapat sokongan anda di seluruh dunia, kami akan mencuba lebih banyak lagi. Kami adalah budak kampung miskin yang mempunyai impian besar, kami berasal dari Vietnam,” kata pemuda-pemuda dalam video NHẾT TV.

Rata-rata orang ramai yang menonton video ini berasa kagum dengan kreativiti dan kerjasama di antara ahli pasukan pemuda-pemuda dalam menghasilkan sebuah kereta replika boleh bergerak hampir mirip seperti model asal Bugatti Chiron.

Dalam masa 10 tahun akan datang, tidak mustahil anak-anak muda ini dapat menghasilkan kereta mewah buatan Vietnam sendiri sekiranya ada pihak ‘berpengaruh’ mahu melabur pada bakat dan kreativiti mereka.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini kumpulan anak muda Vietnam ini telah membina sebuah replika Ferrari 488 GTB yang dikuasakan dengan enjin pam air dan mereka menggunakannya untuk menjual buah tembikai.

Guna Enjin Pam Air, Anak Muda Ini Bina Replika Ferrari Dengan Kos RM4,118 Sahaja

Pemuda Jadikan ‘Ferrari’ Gerai Jual Tembikai Buat Penduduk Kampung Teruja

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta


Sekumpulan Pemuda Hasilkan Bugatti Chiron 'Copy Ori' Guna Tanah Liat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list