Artikel Terkini

Selangor mahu perkemas ‘total hockey’

Selangor mahu perkemas ‘total hockey’
Selangor mahu perkemas 'total hockey' 1

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita Selangor berada pada landasan tepat untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 kali ini.

Ia susulan kejayaan Selangor mencatat kemenangan 4-1 ke atas Terengganu pada aksi pertama Kumpulan X di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad hoki wanita Selangor, Ikmal Abdul Jabar masih menuntut peningkatan prestasi daripada para pemainnya.

“Alhamdulillah syukur kerana berjaya melakar kemenangan pertama walaupun pemain bermula agak gugup pada awal permainan.

“Namun, saya puji pemain-pemain kerana tidak hilang rentak, malah bangkit dengan permainan yang lebih meyakinkan. 

Selangor mahu perkemas 'total hockey' 2
IKMAL berpuas hati dengan prestasi para pemainnya ketika menewaskan Terengganu 4-1 semalam.

“Saya nak melihat penambaikan dalam sistem yang mana pemain boleh variasikan pertukaran posisi agar ‘total hockey’ menjadi lebih cantik,” katanya.

Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nurul Farawahida Marzuki pada minit ke-16 sebelum Selangor bangkit menjaringkan empat gol selepas itu.

Empat gol Selangor itu dijaringkan oleh Ellya Amanina Alias (m-21), Nur Insyirah Ahmad (m-31), Dayang Nuramirah Abang Mahadini (m-45) dan Siti Mariani Hashim.

Selangor akan meneruskan aksi kedua Kumpulan X menentang Sarawak di Stadium Hoki Nasional petang esok. – KOSMO! ONLINE 


Selangor mahu perkemas 'total hockey' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list