Infotainment

Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans

Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans 2

Kini Trending

Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans 3

Foto: Daily Mail

Hakan Aysal, 40, ditangkap kerana membunuh isterinya Semra Aysal, 32, dan bayi mereka yang belum lahir ketika mereka sedang bercuti di Butterfly Valley di bandar Mugla, Turki.

Artikel berkaitan: Sangka Anak Tidur Rupanya Mati Dibunuh, Jiran Tampil Cerita Kejadian Sebenar

Artikel berkaitan: Takut Kantoi Ada Hubungan Sulit, Ibu Kandung Bunuh Bayi Kerana Wajah Mirip ‘Skandal’

Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans 4

Foto: Daily Mail

Seorang lelaki dari Turki sempat bergambar dengan isterinya yang sedang hamil untuk gambar-gambar romantis di atas tebing beberapa saat sebelum lelaki tersebut didakwa menolak isterinya jatuh dari tebing supaya dia boleh menuntut wang insurans nyawa.

Menurut laporan dari Daily Mail, pendakwa menyatakan bahawa mereka berdua duduk di atas tebing tersebut selama tiga jam dan apabila lelaki tersebut menyedari yang tiada orang disekeliling mereka, dia dengan sengajanya menolak isterinya jatuh dari tebing.

Dalam dakwaan yang disediakan untuk jenayah ‘pembunuhan sengaja’ terhadap lelaki tersebut, ia menyatakan bahawa dia merancang pembunuhan isterinya dengan terlebih dahulu dengan mengambil insurans kemalangan diri bagi pihaknya dengan jaminan 400,000 Lira Turki (RM 230,606.71) dan manfaatnya adalah untuk dirinya.

Ketika kami pergi ke Institut Perubatan Forensik untuk mendapatkan mayat, Aysal sedang duduk di dalam kereta. Saya dan keluarga sangat sedih, tetapi Aysal tidak kelihatan sedih sama sekali.

Itulah ungkapan dari abang kepada mangsa iaitu Naim Yolcu. Beliau juga turut menyatakan bahawa adik beliau, Semra, sangat menentang pengambilan pinjaman. Namun, setelah dia meninggal, mereka mendapati bahawa Semra mempunyai tiga pinjaman yang diambil oleh Aysal bagi pihak Semra. Naim Yolcu turut menambah bahawa Semra takut akan ketinggian dan mempersoalkan sukan ekstrem apa yang akan dia lakukan jika dia takut akan ketinggian.

Ketika Aysal ditanya mengenai insurans premium yang dipersoalkan, Aysal berkata bahawa beliau memang meminati sukan lasak sejak 2014. Itulah sebabnya beliau mempunyai insurans hayat sebelum berkahwin. Selain itu, Aysal turut dipersoal mengenai artikel dalam insurans peribadi kemalangan yang menyatakan bahawa dia akan menjadi pewaris sekiranya Semra meninggal. Namun, Aysal menepis dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa beliau tidak banyak meneliti polisi dan jurubank yang bertanggungjawab menyusun kertas kerja tersebut.

Saya hanya membawa polisi insurans tersebut kepada Semra untuk mendapatkan tanda tangan beliau.  Saya tidak menyedari bahawa ada tertulis seperti itu. 

Itulah penjelasan Aysal berkenaan dengan polisi insurans tersebut. Aysal juga telah menafikan bahawa beliau yang menolak Semra jatuh dari tebing kerana menurut beliau, setelah mereka selesai bergambar, Semra terus meletakkan telefon di dalam begnya dan kemudian Semra meminta Aysal untuk memberikan telefonnya.

Ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya, saya tiba-tiba terdengar isteri saya menjerit di belakang saya dan apabila saya berpatah balik, dia tiada di situ.

Itulah penjelasan Aysal untuk menafikan bahawa beliau membunuh isterinya. Walau bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans 5
Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans 5



Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo