PUTRAJAYA – Semua pihak perlu memberi kepercayaan penuh kepada sistem perundangan, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes membabitkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan kekal dengan prinsip untuk tidak campur tangan terhadap terhadap sistem perundangan sekalipun ia membabitkan pihak kerajaan.
“Saya tidak mahu masuk campur malah ketika menjadi pembangkang, saya terima kes demi kes daripada whistleblower (pemberi maklumat) yang mana saya harus harus bercakap dan hampir membayar harga yang mahal.
“Sekarang sebagai kerajaan, sangat penting untuk saya tidak dekat.. untuk memastikan dari perspektif kerajaan supaya kita elak sebarang campur tangan.
“Dalam hal ini, biar proses itu berjalan termasuk proses mahkamah, beri kepercayaan penuh kepada sistem kita, perundangan dan SPRM,” katanya ketika sidang media selepas Sesi libat urus Menteri Ekonomi bersama Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri di sini hari ini.
Menteri Ekonomi itu berkata demikian bagi mengulas berkenaan siasatan SPRM terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan berkaitan projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Sebagai rekod, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Ahli Parlimen Pagoh akan didakwa di Mahkamah Sesyen pagi esok.
Beliau dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram.-MalaysiaGazette
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo