Artikel Terkini

Senduk Atau Sudip Silikon Boleh Menyebabkan Kontaminasi Pada Makanan Jika Salah Guna

Senduk Atau Sudip Silikon Boleh Menyebabkan Kontaminasi Pada Makanan Jika Salah Guna 2

Peralatan memasak yang diperbuat dari silikon kini kian mendapat perhatian. Ia desebabkan rekaan dan warnanya yang lebih menarik. Ada yang sampai sanggup beli yang mahal-mahal untuk jadikan ia sebagai koleksi. Sebenarnya, kebanyakan perkakas memasak dari silikon terutamanya jenis senduk dan sudip ni boleh menyebabkan kontaminasi kepada makanan.

Untuk lebih lanjut, boleh baca artikel yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Salim di dalam group Makmak Makanan (MAMA)Senduk Atau Sudip Silikon Boleh Menyebabkan Kontaminasi Pada Makanan Jika Salah Guna 3

Minyak berbuih disebabkan oleh degradasi struktur kimia yang membentuk minyak atau kontaminasi (tidak tulin) minyak dengan benda asing (impurities). Apabila dipanaskan, tenaga kinetik molekul-molekul minyak akan bertambah, lalu memaksa penolakan benda asing ini ke permukaan minyak. Keadaan ini lah menyebabkan terbentuknya buih pada minyak.

Untuk kes senduk silikon yang berbuih ini kemungkinan besar disebabkan integriti struktur binaan senduk terganggu dengan suhu panas minyak. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kualiti silikon itu sendiri tidak tahan tahap kepanasan minyak. Komponen yang membentuk senduk ini bercampur dengan minyak sebagai benda asing, punca terbentuknya buih tadi.

Saya secara peribadi hanya menggunakan senduk logam atau kayu untuk memasak pada suhu tinggi. Setakat pengalaman, senduk silikon biasa mengerutu dihujung kerana bersentuhan terus dengan permukaan kuali yang sememangnya pengalir haba yang sangat bagus.


Silikon apabila termakan dalam kuantiti sedikit itu tidaklah boleh menyebabkan mudarat kepada kesihatan. Namun anda boleh

• elakkan senduk digunakan pada suhu tinggi seperti menggoreng.
• kurangkan interaksi senduk dengan minyak dengan tidak membiarkan senduk terendam lama dalam minyak.
• elakkan senduk bersentuhan terus dengan permukaan kuali.
• gunakan senduk ini untuk menyenduk makanan telah dimasak, atau mengacau kuah yang berasaskan air saja.


Nota:

Minyak yang telah digunakan berulang kali juga akan menjadi lebih likat kerana terperangkapnya lembapan, udara dan komponen masakan seperti kanji, protein dan saponin yang boleh menyebabkan berlakunya buih. Benda asing ini juga penyebab lambat dan kurangnya tahap kepanasan minyak.Senduk Atau Sudip Silikon Boleh Menyebabkan Kontaminasi Pada Makanan Jika Salah Guna 4

Senduk Atau Sudip Silikon Boleh Menyebabkan Kontaminasi Pada Makanan Jika Salah Guna 2

Source link