Infotainment

Seorang Lagi Wanita Mirip Zalina Ditemui, Polis Sahkan Imbasan Cap Jari Tak Sepadan

Seorang Lagi Wanita Mirip Zalina Ditemui, Polis Sahkan Imbasan Cap Jari Tak Sepadan
Seorang Lagi Wanita Mirip Zalina Ditemui, Polis Sahkan Imbasan Cap Jari Tak Sepadan 1

Seorang Lagi Wanita Mirip Zalina Ditemui, Polis Sahkan Imbasan Cap Jari Tak Sepadan

Wanita kedua yang didakwa mirip bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman yang ditemui di Sentul, Kuala Lumpur, semalam, disahkan bukan pembaca berita yang hilang sejak November 2021 itu.

Cap jari tak samaSeorang Lagi Wanita Mirip Zalina Ditemui, Polis Sahkan Imbasan Cap Jari Tak Sepadan 3

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, hasil semakan identiti melalui cap jari wanita berkenaan mendapati dia bukanlah Orang Hilang (OH) yang dicari.

Pihak polis lbu Pejabat Daerah Shah Alam telah membawa wanita berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (UTC Shah Alam) dan hasil semakan mendapati wanita tersebut bukanlah OH yang dicari. Pengecaman oleh ahli keluarga juga didapati negatif.

Setakat ini, dua wanita yang dikatakan mirip Zalina Azman telah ditemui iaitu seorang di Shah Alam, pada Rabu, dan seorang lagi di Sentul, pada Jumaat.

Individu pertama yang ditemui itu telah disahkan merupakan seorang gelandangan, manakala wanita yang ditemui di Jalan Haji Salleh, Sentul pada 6 petang, Jumaat itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Mohd Iqbal berkata, pihak polis mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari Zalina Azman, dan sekiranya ada maklumat lanjut, boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia di talian 016-3375269.

Sumber: FMT

Seorang Lagi Wanita Mirip Zalina Ditemui, Polis Sahkan Imbasan Cap Jari Tak Sepadan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list