Infotainment

Shah Rukh Khan Dituduh Meludah Pada Mayat Mendiang Lata Mangeshkar

Shah Rukh Khan Dituduh Meludah Pada Mayat Mendiang Lata Mangeshkar
Shah Rukh Khan Dituduh Meludah Pada Mayat Mendiang Lata Mangeshkar 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Shah Rukh Khan baru-baru ini dilanda kontroversi apabila dia dituduh meludah pada upacara pembakaran mayat penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar.

Dalam salah satu video yang disiarkan di Twitter, Shah Rukh Khan dan pengurusnya Pooja Dadlani dilihat menghadiri upacara pembakaran mayat Lata Mangeshkar yang berlangsung di Taman Shivaji, Mumbai, Ahad lalu. Semasa upacara itu, Shah Rukh dilihat mengangkat tangan sambil berdoa.

Pelakon itu kemudian meletakkan kalungan bunga dan menyentuh kaki Lata Mangeshkar sebagai penghormatan terakhir kepada penyanyi itu. Selepas berdoa, Shah Rukh dilihat seperti meniup sesuatu, ia adalah salah satu budaya bagi orang Islam di sana.

Hasil daripada tindakan itu, Shah Rukh Khan mendapat kritikan daripada netizen. Mereka mengecam bintang Bollywood itu kerana ‘meludah’ mendiang Lata Mangeshkar. Mereka menuduh pelakon itu bukan meniup udara tetapi ‘meludah’.

Salah seorang netizen menulis di laman Twitter miliknya bahawa Shah Rukh Khan tidak menghormati mendiang Lata Mangeshkar. Sebahagian yang lain pula mendakwa bahawa kelakuan Shah Rukh Khan di dorong oleh sifat orang Islam yang tidak menyukai agama lain.

Namun perkara ini lantas dinafikan oleh beberapa orang netizen. Apa yang dilakukan oleh Shah Rukh Khan adalah sebahagian daripada budaya orang Islam di India. Selepas selesai berdoa, kebanyakan orang Islam di sana akan menyapu muka mereka dan meniup udara.

“Membaca doa dan meniup udara (seperti yang dilakukan Shah Rukh Khan) adalah praktik Islam tradisional yang dilakukan setelah penguburan orang meninggal dan agar jiwa [mendiang] tenang di sana,” kata Mohammad Imtiaz, seorang muslim di India.

Selain itu, Ahli Parlimen India turut mempertahankan Shah Rukh Khan sambil mengecam tindakan sebahagian netizen yang menuduh pelakon itu tidak menghormati mendiang .”Ada orang berpolitik atas nama agama walaupun atas insiden sedih kematian Lata. Kita semua tahu siapa mereka ini. Tiada apa yang perlu diceritakan,” kata ahli parlimen Sanjay Raut.

Shah Rukh Khan tolak kemungkinan hasilkan siri ‘Money Heist’ versi Bollywood. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Shah Rukh Khan Tolak Kemungkinan Hasilkan Siri ‘Money Heist’ Versi Bollywood

Tular Wajah ‘Mirip’ Shah Rukh Khan, Lelaki Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

Shah Rukh Khan Akan Jadi Superhero Marvel Terbaru?


Shah Rukh Khan Dituduh Meludah Pada Mayat Mendiang Lata Mangeshkar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo