Infotainment

Shaheizy Sam Mohon Maaf Terlupa Tanggal Vape, Pihak Penganjur Luah Rasa Kesal Di Atas Insiden Itu

Shaheizy Sam Mohon Maaf Terlupa Tanggal Vape, Pihak Penganjur Luah Rasa Kesal Di Atas Insiden Itu 1

Shaheizy Sam Mohon Maaf Terlupa Tanggal Vape, Pihak Penganjur Luah Rasa Kesal Di Atas Insiden Itu 2

Meskipun Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 33 sudah melabuhkan tirai kelmarin, namun terdapat beberapa isu yang terus menjadi bualan netizen sehingga ke hari ini.

Antara daripadanya ialah isu pelakon Shaheizy Sam yang tampil sebagai salah seorang penyampai anugerah namun dikatakan tidak sensitif kerana menggantungkan rokok elektronik semasa siaran langsung.

Disebabkan oleh situasi ini, ABPBH 33 yang sejak daripada awal lagi sudah dihimpit kritikan kerana tetap menjalankan acara tersebut semasa pandemik COVID-19, semakin mendapat kritikan warga tempatan.

shaheizy sam vape

Selepas insiden tersebut tular, Shaheizy Sam telah membuat permohonan maaf secara rasmi di laman Instagramnya dan menjelaskan bahawa dia terlupa untuk menanggalkan rokok elektronik miliknya sebelum naik ke pentas kerana terlalu fokus untuk memberikan yang terbaik.

Pun begitu, pihak penganjur terus meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut kerana ianya secara tidak langsung telah mencalarkan reputasi mereka.

Kata mereka, sebagai seorang artis yang berpengalaman, Shaheizy Sam sepatutnya lebih peka dengan persepsi masyarakat. Malah semua artis yang terlibat sudah pun diberi penerangan mengenai etika pemakaian sebelum acara berlangsung.

“Tidak kira apa alasan yang telah diberikan, Shaheizy Sam yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular ABPBH sebanyak tiga kali (ABPBH 2010, ABPBH 2012 dan ABPBH 2014) dan juga sebagai seorang artis yang berpengalaman sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah.”

shaheizy sam vape

Tambahan pula, pihak penganjur telah bekerja keras bagi memastikan semua yang terlibat dengan acara itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap artis untuk memastikan tingkah laku mereka tidak mendatangkan persepsi negatif kepada acara yang dihadiri sekali gus boleh menjejaskan imej artis-artis lain serta industri hiburan secara am.”

Diharap perkara ini akan menjadi pedoman untuk semua artis yang lain juga.

Sumber: mStar Online



Written by Irsa


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Shaheizy Sam Mohon Maaf Terlupa Tanggal Vape, Pihak Penganjur Luah Rasa Kesal Di Atas Insiden Itu 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo