Berita

Shaheizy Sam terlupa vape tergantung di leher

Shaheizy Sam terlupa vape tergantung di leher 2

Kuala Lumpur: Pelakon popular Shaheizy Sam memohon maaf dan mengakui dia cuai apabila membawa beberapa rokok elektronik atau vape ketika menjadi penyampai anugerah di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, semalam.

Sam ketika dihubungi berkata, dia berada dalam keadaan gementar dan pada masa sama memang kerap membawa vape bersama.

“Saya minta maaf kerana saya sendiri yang cuai. Bukan salah pihak penganjur ABPBH33 atau TV3. Semalam, saya berada dalam keadaan gementar sebab situasi norma baharu yang lengang membuatkan saya lupa untuk alihkan vape.

“Saya memang sentiasa membawa vape yang banyak kerana jika salah satunya kehabisan bateri, saya ada pengganti. Tak sangka pula saya boleh terlepas pandang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, selepas selesai menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyampai anugerah, dia baru terfikir mengenai vape yang tergantung di lehernya.

“Apabila turun dari pentas, baru saya perasan yang saya membawa vape. Waktu itu, saya sudah terfikir dan boleh mengagak kalau perkara ini akan menimbulkan isu. Hari ini, saya dimaklumkan oleh ramai orang mengenai perkara itu dan saya muat naik video permohonan maaf di Instagram untuk menjelaskan kesilapan yang saya lakukan semalam,” katanya yang juga pemenang Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali.

Gambar Sam yang berbaju Melayu serta bersamping dengan beberapa vape tergantung di lehernya ketika mengumumkan pemenang anugerah tular sejak malam tadi dan mengundang kritikan ramai.

Di Instagram, Sam memuat naik video berdurasi 1 minit 37 saat memohon maaf kepada penganjur dan TV3.

Shaheizy Sam terlupa vape tergantung di leher 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo