Infotainment

Sharnaaz Mohon Maaf, Caprice Akui Terlebih Emosi

Sharnaaz Mohon Maaf, Caprice Akui Terlebih Emosi
Sharnaaz Mohon Maaf, Caprice Akui Terlebih Emosi 1

Sejak petang tadi hangat diperkatakan kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap, Caprice sehingga keduanya berbalas sindiran di media sosial.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Sharnaaz tampil menyelesaikan salah faham tersebut dengan memohon maaf secara terbuka kepada Caprice.

BACA: Caprice Balas Sindiran, Sharnaaz Ajak Bersemuka

“Sejak pagi tadi, semua netizen tahu yang aku ada isu dengan Caprice. Insya-Allah aku dan Caprice akan selesaikan secara elok.

“Aku rasa secara peribadi apa gurauan dari Jordan sampai sekarang, mungkin agak keterlaluan. Aku sebagai orang yang lebih matang, aku mohon maaf,” katanya.

Video dikongsikan Sharnaaz itu dimuat naik semula oleh Caprice yang menerima permohonan maaf tersebut serta turut sama memohon maaf. Caprice turut berkata selepas selesai habis kuarantin dia mengajak Sharnaaz untuk lepak minum bersama-sama.

“Selamat datang ke Damansara Sharnaaz Ahmad, pihak kita terima permohon maaf tersebut dan Caprice pun kalau lebih-lebih tadi apologize sebab kita pon tak lunch lagi.. lapar… insyaAllah selepas quarantine caprice akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama2.,” tulisnya.

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai IG Live Sharnaaz dan Shukri Yahya membuatkan netizen terhibur apabila Sharnaaz menggunakan filter seperti pak arab.

Malah, Sharnaaz juga seolah meniru percakapan seorang penyanyi rap yang baru sahaja pulang dari Jordan. Susulan itu, Caprice memuat naik satu entri membalas sindiran tersebut dengan menyifatkan Sharnaaz seperti ‘sotong’.


Sharnaaz Mohon Maaf, Caprice Akui Terlebih Emosi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo