Berita

Shiha berjaya buktikan dirinya layak!

Shiha berjaya buktikan dirinya layak! 1

Shiha berjaya buktikan dirinya layak! 2

Shah Alam: Penyanyi Shiha Zikir berjaya membuktikan dia layak ‘mengisi tempat’ Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berganding dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menyanyikan lagu 7 Nasihat di pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) episod kedua yang berlangsung malam tadi.

   Ia berikutan, gabungan mereka berjaya membuatkan Lagu 7 Nasihat ciptaan bersama Kmy dan Luca itu dipilih sebagai Lagu Terbaik pada SFMM 35 yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM.

  Shiha yang menggantikan Siti, berkata dia sememangnya menjangkakan lagu 7 Nasihat boleh menang  disebabkan lagu itu sendiri memiliki kekuatan melodi dan lirik, termasuk auranya memang sangat besar.

“Saya tumpang gembira dengan kejayaan lagu 7 Nasihat, dan selain itu saya sebenarnya memang peminat setia lagu ini. Bila pertama kali dengar lagu ini, saya rasa ia karya lagu cukup sempurna liriknya serta melodi.

“Terima kasih kepada pihak Siti Nurhaliza, Kmy, Luca, dan Universal Music Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada saya membawakan lagu yang cukup-cukup besar ini. Mudah-mudahan penonton berpuas hati dengan nyanyian saya.

“Terus-terang, agak gementar juga dan ada tekanan sama ada nyanyian saya memuaskan atau tidak apalagi kena ganti Siti Nurhaliza. Apapun, saya menarik nafas lega sebaik pengumuman kemenangan itu,” katanya.

  Pemenang Lagu Terbaik pada setiap episod membawa pulang baucer WOW Shop RM1,000.

Malah, pertandingan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam itu diadakan secara normal baharu iaitu tanpa kehadiran penonton.

  Pada saingan itu, 7 Nasihat berentap dengan lagu Sakit (Yonniboi dan Zynakal), Panggung (Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam, dan Romeo), Kau Sakiti (Faizal Tahir, Mike Chan, Karim Karam, dan Romeo), Aku Bidadari Syurgamu (Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah) dan Sembah (Naim Daniel dan Iqie Hugh). 

  Tidak ketinggalan, Tentang Rahsia (Farouk Roman dan Amylea Azizan), Bicara Rasa (Rudy Kasmaran dan Sang Hitam), Takdir Tercipta (Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali), dan Hutang (Zai Hamzah dan Achoi Floor88).

  Bagi episod ketiga SFMM35 pula, bakal berlangsung jam 9 malam ini dan disiarkan TV3.

 

Shiha berjaya buktikan dirinya layak! 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo