Infotainment

‘Shooting Ni Kan?’ – Aeril Zafrel Dikritik Selepas ‘Tegur’ Gambar Ustaz Kazim Ikhtiar Cari Rawatan

‘Shooting Ni Kan?’ – Aeril Zafrel Dikritik Selepas ‘Tegur’ Gambar Ustaz Kazim Ikhtiar Cari Rawatan
'Shooting Ni Kan?' - Aeril Zafrel Dikritik Selepas 'Tegur' Gambar Ustaz Kazim Ikhtiar Cari Rawatan 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Umum mengetahui bahawa penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias pernah berkongsi keadaannya yang kurang baik dan menggunakan tongkat serta telah menjalani pelbagai rawatan dari moden hinggalah ke tradisional.

Terbaharu, Ustaz Kazim telah berkongsi sekeping gambar di Facebook miliknya yang menunjukkan lengannya yang dilihat seperti luka dan memohon pertolongan dari orang ramai yang boleh membantunya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan juga para netizen berasa simpati dengan nasib menimpa Ustaz Kazim. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga mendoakan agar Ustaz Kazim diberikan kesembuhan.

Akan tetapi, komen diberikan Aeril Zafrel di ruangan komen perkongsian tersebut telah menerima kecaman segelintir netizen kerana bertanya sama ada ia untuk sesi penggambaran.

Menurut Aeril, dia hanya bertanya kerana ia terlihat seperti solekan kesan khas berdasarkan pemerhatiannya. Tambahnya, Aeril sedia maklum bahawa Ustaz Kazim tidak sihat.

Lantaran itu, dalam satu perkongsian baru oleh Ustaz Kazim, dia memaklumkan bahawa gambar lengan dengan solekan kesan khas itu hanyalah kiasan terhadap penyakit yang sedang dia alami.

Menerusi perkongsiannya, selama ini Ustaz Kazim telah merahsiakan keadaan dirinya daripada pengetahuan khalayak umum tetapi memutuskan untuk tidak menyembunyikannya lagi.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa saya tidak boleh lagi sembunyi dari orang ramai,” katanya.

Ustaz Kazim juga telah memaparkan keadaan wajahnya yang selama ini dipercayai disembunyikan melalui tampalan. Selama menghidap sakit itu, Ustaz Kazim mengatakan tidak dapat tidur dengan lena dan sering merasa gatal, pedih dan gelisah.

“Bukan hanya di muka malah seluruh badan. Ianya boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena. Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat.” katanya.

Justeru itu, Ustaz Kazim juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah lakunya mengguris hati orang ramai. Malah, dia mengucapkan terima kasih atas doa dan tawaran bantuan oleh orang ramai.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan Ustaz Kazim pada pautan di bawah. 

Jumpa Abu Dan Gambar Dibakar Dalam Kotak, Ustaz Kazim Elias Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Lelaki Ini Kongsi Sebab Mengapa Anda Dilarang Kutip Duit Di Tempat Yang Mencurigakan


'Shooting Ni Kan?' - Aeril Zafrel Dikritik Selepas 'Tegur' Gambar Ustaz Kazim Ikhtiar Cari Rawatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list