Berita

Siang mekanik, malam jual produk kesihatan di FB live

Siang mekanik, malam jual produk kesihatan di FB live 2

Kuala Lumpur: Rutin harian pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) bisu dan pendengaran, Muhammad Norsyazuwan Norazmi sebelum ini hanyalah membaiki motosikal dihantar pelanggan di bengkel.

Namun, keinginan menambah pendapatan mendorong anak sulung daripada tujuh beradik itu menggandakan usaha dengan menjadi ejen minuman kecantikan sejak dua bulan lalu.

Kisah Muhammad Norsyazuwan, 24, mendapat perhatian selepas dimuat naik seorang pengguna TikTok, Nurul Shafiqah Ismail, 25.

Menerusi video itu, kelihatan Muhammad Norsyazuwan bersiaran langsung dan menjual produk dengan menggunakan bahasa isyarat.

Bercerita lanjut, Muhammad Norsyazuwan yang menetap di Felda Keratong, Pahang berkata, dia tidak sangka diberi peluang itu kerana sekadar cuba mencari peluang kerja sambilan di laman sosial.

“Alhamdulillah, percubaan saya berhasil apabila diterima menjadi ejen minuman kecantikan.

“Sudah dua bulan saya menjadi ejen produk berkenaan dan bersyukur kerana ramai menyokong serta sudi membeli,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Norsyazuwan berkata, dia tidak berseorangan ketika bersiaran langsung, sebaliknya dibantu Nurul Shafiqah yang juga individu mengambilnya sebagai ejen.

Katanya, jualan menerusi siaran langsung di Facebook lazimnya dilakukan sebelah malam kerana sibuk bekerja di bengkel pada waktu siang.

“Saya boleh membaca dan membalas komen mereka yang menonton siaran langsung itu.

“Cuma, saya bisu, jadi Nurul Nurul Shafiqah yang membantu saya berinteraksi dengan pelanggan kerana saya hanya tahu berbahasa isyarat.

“Dia banyak membantu dan saya bersyukur diberi peluang seperti ini,” katanya.

Muhammad Norsyazuwan berharap usahanya itu dapat membawa perubahan kepada dirinya selain memberi inspirasi kepada OKU lain untuk berdikari.

Menurutnya, sebelum ini, dia hanya bergantung dengan pendapatan sebagai mekanik dan elaun bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kini, saya ada satu lagi sumber pendapatan dan gembira kerana sudah nampak hasilnya dalam tempoh singkat.

“Terima kasih kepada yang menyokong dan saya mahu bekerja lebih keras bukan saja untuk kesenangan diri sendiri tetapi keluarga,” katanya.

Siang mekanik, malam jual produk kesihatan di FB live 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo