Infotainment

[Sidang DUN] Caj View Point Wang Kelian minimum, tidak

[Sidang DUN] Caj View Point Wang Kelian minimum, tidak
[Sidang DUN] Caj View Point Wang Kelian minimum, tidak 1

KANGAR: Bayaran caj yang dikenakan kepada pengunjung di View Point Wang Kelian yang berkuat kuasa hari ini adalah sangat minimum dan tidak terlalu membebankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, bayaran yang dikenakan itu bukannya bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata, namun, ia adalah bagi memastikan aspek penyelenggaraan lokasi pelancongan tersebut dapat dipelihara dengan sebaiknya.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat membantu kerajaan negeri mengurangkan beban bagi menanggung kos penyelenggaraan di kawasan tersebut.

“Bayaran yang dikenakan itu adalah untuk memastikan semua aspek penyelenggaraan termasuk pengurusan sampah dapat dipelihara bagi menjaga infrastruktur di kawasan itu untuk masa hadapan.

“Malah, caj dikenakan itu juga sangat minima dan mampu dibayar oleh semua pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di sini hari ini.

Menerusi notis pemakluman dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan negeri sebelum ini, pengunjung dewasa tempatan akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 manakala pelancong dewasa luar negara pula RM5.

Selain itu, pengunjung tempatan berusia 18 tahun ke bawah dikenakan bayaran RM1 seorang manakala pelancong luar negara berusia 18 tahun ke bawah pula dikenakan bayaran RM2.

Tiada bayaran dikenakan buat kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dan golongan kurang upaya (OKU).

Dalam pada itu, Wan Badariah berkata, kerajaan negeri juga telah akan menyediakan beberapa kemudahan asas lain di View Point Wang Kelian selepas ini bagi keselesaan pengunjung antaranya dengan mewujudkan tapak glamping.

“Banyak perancangan akan dilaksanakan di kawasan itu secara berperingkat dalam memastikan pengunjung mendapat kemudahan sewajarnya.-UTUSAN


[Sidang DUN] Caj View Point Wang Kelian minimum, tidak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo