Berita

Siti Nurhaliza paling banyak distrim di Joox

Siti Nurhaliza paling banyak distrim di Joox 1

Siti Nurhaliza paling banyak distrim di Joox 2

Kuala Lumpur: Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi Artis Lokal No 1 Paling Banyak Distrim di aplikasi muzik Joox sepanjang tahun ini.

Siti, 41, berkata kejayaan itu juga adalah penghargaan kepada setiap individu yang bekerja di belakang tabir dalam menghasilkan setiap lagu.

“Hasil penstriman ini adalah penghargaan kepada setiap yang bekerja di belakang tabir sesebuah lagu iaitu menjadi pendapatan atau rezeki penyanyi, pencipta lagu dan juga penulis lirik.

“Saya sangat berterima kasih kepada peminat dan semua yang sudah menstrim lagu saya dan tahun 2020 ini juga saya ada menghasilkan album terbaharu. Tentunya ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menghasilkan karya atau lagu,” katanya.

Dalam masa sama, Siti berterima kasih kepada Joox kerana menyediakan platform itu bagi memudahkan peminat dan penggemar muzik mendengar lagu penyanyi tempatan.

Siti Nurhaliza paling banyak distrim di Joox 3

“Terima kasih kepada Joox kerana menyediakan platform yang terbaik kepada karya atau lagu dan ini juga membolehkan orang ramai dan pencinta muzik menstrim lagu-lagu setiap penyanyi.

“Saya juga antara yang menstrim Joox dan menggunakan aplikasi ini untuk menyanyi lagu penyanyi lain dan tentunya saya berasa teruja kerana lagu-lagu saya banyak distrim sepanjang tahunm,” katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu Akulah Bidadari Syurgamu itu turut diumumkan sebagai penyanyi atau Artis Malaysia Paling Banyak Distrim Sepanjang 2020 (Spotify Wrapped) menerusi penstriman muzik Spotify.

Siti Nurhaliza paling banyak distrim di Joox 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo