Artikel Terkini

Skuad Musa’adah edar bantuan RM5.3 juta untuk mangsa banjir

Skuad Musa’adah edar bantuan RM5.3 juta untuk mangsa banjir
Skuad Musa’adah edar bantuan RM5.3 juta untuk mangsa banjir 1

PUTRAJAYA- Barangan keperluan asas dan sumbangan wang tunai bernilai RM5.3 juta kepada mangsa banjir di Pantai Timur akan diedarkan 100 sukarelawan Skuad Musa’adah Agensi-Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia melibatkan lima agensi iaitu Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yayasan Taqwa dan Lembaga Tabung Haji.

Katanya, sebanyak 14 kenderaan agensi terbabit digerakkan ke Pantai Timur dengan membawa barangan keperluan asas seperti makanan kering, beras, selimut, al-Quran dan kit solat.

“Selain bantuan wang tunai dan barangan keperluan, skuad ini juga akan bantu aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah mangsa banjir.

“Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk segerakan bantuan kepada mangsa banjir di negeri terjejas iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelepasan konvoi bantuan banjir di sini, hari ini.

Mohd Na’im berkata, skuad terbabit turut disertai pegawai yang akan menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian bagi memberikan suntikan kekuatan dalaman kepada mereka yang sedang diuji.

“Skuad ini akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mendapatkan maklumat mangsa yang belum menerima sebarang bantuan.

“Kerjasama ini perlu untuk pastikan bantuan tidak bertindih, ini yang kita nak pastikan supaya mangsa yang belum terima bantuan akan terima sumbangan skuad ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Skuad Musa’adah edar bantuan RM5.3 juta untuk mangsa banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo