Artikel Terkini

Sociedad turun tanpa tujuh pemain tonggak

Sociedad turun tanpa tujuh pemain tonggak
Sociedad turun tanpa tujuh pemain tonggak 1

SAN SEBASTIAN – Real Sociedad mungkin kehilangan tujuh tonggak ketika dijadual melayan kunjungan Manchester United pada aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Europa di Reale Arena awal pagi esok.

Saingan Kumpulan E menyaksikan Sociedad dan United sudah mengesahkan tempat ke pusi­ngan berikutnya, namun kedua-dua pasukan berkenaan sedang memburu kedudukan sebagai juara kumpulan.

Sociedad ketika ini memiliki kelebihan tiga mata sebagai pendahulu berbanding United yang tewas pada aksi pertama di Old Trafford sebelum ini.

Peraturan Liga Europa musim ini menyaksikan juara kumpulan akan layak secara automatik ke saingan 16 pasukan terbaik, manakala pasukan di kedudukan kedua perlu beraksi dalam sai­ngan playoff menentang pasukan di tangga ketiga Liga Juara-Juara.

Biarpun memiliki kelebihan tersebut, skuad kendalian Imanol Alguacil ketika ini berada pada prestasi yang tidak menentu apabila mencatat dua kekalahan berturut-turut ketika berdepan Real Betis dan Real Valladolid.

Lebih memburukkan keadaan, Sociedad bakal kehilangan tujuh pemain utama mereka untuk aksi penentuan berkenaan ekoran isu kecede­raan menyebabkan tugas mereka bakal berdepan cabaran getir.

Selepas Mikel Oyarzabal, Umar Sadiq, Ander Barrenetxea, Momo Cho, Aihen Munoz dan Take Kubo terpaksa diketepikan, bekas pemain Manchester City, David Silva juga memasuki senarai pemain yang terpaksa dike­tepikan.

Silva, Sadiq, Munoz dan Kubo sebelum ini menjadi nadi penting ketika mereka berjaya mengejutkan United pada aksi pertama di Old Trafford dan kehilangan itu menyebabkan Alguacil perlu mencari ramuan terbaik untuk memerangkap United sekali lagi. – AGENSI


Sociedad turun tanpa tujuh pemain tonggak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo