Berita

Sofia gembira di sebalik peraturan ketat

Sofia gembira di sebalik peraturan ketat 1

Sofia gembira di sebalik peraturan ketat 2

Abu Dhabi: Juara bertahan Terbuka Australia, Sofia Kenin percaya peraturan ketat pergerakan ke atas pemain pada permulaan musim 2021 agak keras tetapi dia tetap gembira dapat berkunjung ke negara lain.

Pemain nombor empat dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan pembuka tirai WTA di Abu Dhabi bermula hari ini akan berada dalam ‘bubble’ bersama pemain lain sebelum terbang ke Melbourne untuk menyertai Terbuka Australia.

Mereka kemudiannya akan dikuarantin selama dua minggu sebelum dibenarkan meninggalkan hotel penginapan untuk sesi latihan selama lima jam di Melbourne Park.

“Ia situasi paling tidak disenangi,” kata Sofia ketika sidang akhbar malam semalam.

“Saya berharap kami dapat keluar dan berjalan sekitar bandar tetapi tidak boleh. Dapat berjalan ke negara lain sudah cukup gembirakan saya. Saya akan cuba menjadikan ia normal seperti biasa.

“Peraturan itu agak ketat tetapi ia juga untuk semua orang.”

Sofia bersyukur dapat tambahan masa untuk mempersiapkan diri hadapi 2021 dan gembira dengan kehadiran sekurang-kurangnya 20 peratus penonton yang dibenar menyaksikan pembukaan Grand Slam di Melbourne.

Bagaimanapun, beberapa pemain lain kurang gembira dengan peraturan ketat itu.

“Saya berharap ia akan berakhir secepat mungkin,” kata pemain Tunisia, Ons Jabeur yang juga pilihan ke-15 di Abu Dhabi.

“Saya tak pasti bila Covid berakhir tetapi mahukan kebebasan kami.”

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Sofia gembira di sebalik peraturan ketat 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo