Berita

SPRM tahan Profesor | Harian Metro

SPRM tahan Profesor | Harian Metro 1

SPRM tahan Profesor | Harian Metro 2

Putrajaya: Bekas pengurus besar sebuah institut badan pengkaji bergelar Profesor ditahan direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM100,000 membabitkan pembelian tanah.

Perintah reman sehingga 19 November itu dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman di Kompleks Mahkamah Shah Alam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan berkenaan.

Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 6 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Suspek meminta dan menerima wang rasuah sebagai khidmat perunding bagi pembelian tanah untuk pembangunan agensi tempatnya berkhidmat yang mana harga tanah berkenaan dinilai lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Difahamkan, lebihan nilai harga tanah berkenaan adalah untuk pembayaran rasuah bagi dirinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya.

SPRM tahan Profesor | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo