Berita

SPRM tumpas sindiket penjualan setem hasil kerajaan, pelekat PLKS

SPRM tumpas sindiket penjualan setem hasil kerajaan, pelekat PLKS 2

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh anggota sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) membabitkan kerugian hasil kerajaan melebihi RM15 juta.

Ketujuh-tujuh suspek berusia antara 30 hingga 39 tahun membabitkan empat kakitangan sebuah syarikat percetakan keselamatan dan tiga orang awam.

Sumber SPRM berkata, sejumlah 2,500 keping Setem Hasil Kerajaan bernilai RM250 dan RM10 yang keseluruhannya bernilai RM12.5 juta dirampas dalam operasi besar-besaran yang diadakan semalam di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, setem hasil yang bernilai RM250 dijual di pasaran gelap dengan nilai RM40 hingga RM60 manakala setem hasil bernilai RM10 dijual dengan harga RM5 hingga RM6.

“Setem hasil ini selalu digunakan oleh orang ramai sebagai bayaran duti setem bagi suatu perjanjian jual beli dan kebiasaannya dibeli di pejabat pos dan cawangan Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN).

“Selain itu, sindiket ini juga turut menjual Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi kegunaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Setiap PLKS ini dijual kepada warga asing di pasaran gelap dengan nilai RM700 hingga RM800 sekeping,” katanya.

Menurutnya, bayaran sebenar bagi mendapatkan PLKS adalah antara RM2,000 hingga RM3,000 yang dikeluarkan oleh JIM mengikut sektor pekerjaan yang dipohon.

“Modus operandi sindiket ialah bayaran rasuah kepada kakitangan percetakan untuk mencuri keluar setem hasil dan pelekat PLKS dari stor simpanan percetakan dan menjualnya di pasaran gelap melalui tiga orang awam.

“Sindiket ini dipercayai melakukan aktiviti mereka sejak tiga tahun dan mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, SPRM memandang serius isu itu kerana membabitkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan.

“Risikan sudah berjalan lebih enam bulan hasil kerjasama SPRM dan JIM,” katanya

SPRM tumpas sindiket penjualan setem hasil kerajaan, pelekat PLKS 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo