Berita

Stadium perlu dipastikan selamat | Harian Metro

Stadium perlu dipastikan selamat | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Saingan Liga Malaysia (Liga M) akan membuka tirai tidak sampai sebulan, namun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya tinggal satu saja lagi halangan iaitu perlu memastikan stadium yang akan digunakan untuk perlawanan terbabit selamat dan boleh digunakan.

Perkara terbabit perlu dilakukan memandangkan lebih empat bulan stadium berkenaan tidak digunakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain aktiviti secara berkumpulan juga adalah dilarang.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan terakhir terhadap semua stadium sebelum saingan liga membuka tirai awal Mac depan.

Beliau berkata, ketika ini pemeriksaan stadium agak sukar untuk dijalankan berikutan arahan PKP selain perlu menunggu surat daripada pasukan Liga M untuk berbuat demikian. “Pemeriksaan terhadap semua venue yang akan digunakan untuk saingan Liga M penting kerana stadium berkenaan sudah lama tidak digunakan seterusnya dibimbangi ada beberapa masalah akan timbul nanti.

“Setakat ini, tiada masalah besar membabitkan venue yang akan digunakan, mungkin ada sedikit pembaikan saja. Saya lihat masalah venue ini tidak akan timbul menjelang perlawanan Liga M nanti dan saingan liga boleh dijalankan seperti dirancang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Liga M yang sepatutnya membuka tirai dengan perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah pada 26 Februari ini ditunda ke 5 Mac.

Selain itu, pertandingan Piala FA tidak akan diadakan buat musim kedua berturut-turut berikutan keadaan pandemik Covid-19 yang masih lagi belum reda.

Malah, setiap pasukan juga tidak dibenarkan menjalani latihan secara berkumpulan dan lebih tertumpu kepada individu saja menyebabkan kebanyakan venue atau stadium tidak digunakan dalam tempoh yang lama.

Stadium perlu dipastikan selamat | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo