Artikel Terkini

Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS?

Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS?
Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS? 1

Ramai yang berang dan menulis di ruang komen Facebook KWSP dan Tengku Zafrul untuk mempercepatkan proses pengeluaran khas ini, kerana KWSP belum bertukar lulus. Apa yang boleh diperkatakan di sini kita terpaksa bersabar dengan situasi ini. InshaaAllah dengan ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ ini akan bertukar hijau bila tiba masanya.

Sehingga artikel ini ditulis, masih ramai ramai pemohon Pengeluaran Khas KWSP 10k yang masih menanti adakah permohonan mereka ini di luluskan oleh KWSP atau tidak. Boleh dikatakan, hampir setiap hari pemohon akan login Pengeluaran Khas KWSP semata-mata untuk buat semakan KWSP RM10k, yang akhirnya kecewa kerana masih mendapat paparan status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA KWSP. Masih lagi belum bertukar ke warna hijau yang menunjukkan status LULUS.

Kenapa ini berlaku? KWSP BELUM BERTUKAR LULUS

Apa maksud PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA KWSP?

Pertama sekali, sekiranya anda sudah buat semakan, pasti anda akan dapat melihat status Permohonan Diterima dengan ayat “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA”.

Apa maksudnya?

Menurut pihak KWSP di laman Facebook, ini bermaksud permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda telah diterima oleh pihak KWSP, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat, dan KWSP anda belum bertukar lulus.

Kenapa status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA KWSP masih belum bertukar warna hijau?

Seperti yang diberitahu tadi, status ini bermakna ia telah confirm diterima oleh pihak KWSP, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Ini juga bermakna siapa hantar dulu, permohonan dia akan diproses terlebih dahulu. Dengar cerita, sesiapa submit permohonan pada malam 30 Mac 2022 tempohari, dialah yang mendapat status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN dahulu.

Walau bagaimanapun, anda harus faham bahawa status terima itu tidak bermakna lulus. Macam kita pos barang ke sesuatu tempat. Hantar tidak bermakna dapat.

Jika status masih lagi belum bertukar dan masih lagi terima paparan PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA, ada kemungkinan belum sampai giliran anda untuk diproses permohonan KWSP 10k.

Jangan risau sampai tak tidur malam kalau status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA masih belum bertukar . Sila tunggu dengan tabah dan banyak-banyak berdoa.

Semoga giliran kelulusan anda diproses dengan cepat.

Apa perlu buat kalau belum bertukar ke status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN KWSP?

Sila teruskan cek KWSP 10k melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Satu hari sepuluh kali pun tak apa. Cuma letihlah jika buat semakan banyak kali. Ada baiknya chill-chill dan kekal bertenang.

Walau bagaimanapun, ada pemohon yang komen di Facebook rasmi KWSP mengatakan menerima sudah menerima status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN dan menerima tarikh 21 April 2022 sebagai tarikh pembayaran. Buat masa ini, kami masih belum dengar ada yang menerima tarikh 20 April sebagai tarikh bayaran KWSP 10k.

Kalau dah dapat status LULUS KWSP 10k, berapa lama perlu tunggu duit masuk akaun bank?

Alhamdulillah kalau sudah lulus permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10k.

Menurut maklumat terkini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Facebook peribadi beliau, pembayaran bagi pengeluaran KWSP 10k ini akan diawalkan.

Tarikh pembayaran yang dijanjikan untuk bayaran KWSP 10k sebelum ini ialah pada hari Rabu, 20 April 2022. Dengan pengumuman Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tarikh baru bayaran KWSP 10k ialah pada hari Isnin, 18 April 2022.

Perubahan tarikh ini adalah berikutan banyak komen-komen pemohon dan netizen di media sosial yang mahukan pembayaran awal kerana ingin membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri 2022.

Macam mana nak tahu status LULUS KWSP 10k melalui Withdrawal History i-AKAUN?

Ada netizen berkongsi bahawa status di pengeluarankhas.kwsp.gov.my masih lagi tertera PERMOHONAN ANDA SUDAH DITERIMA.

Walau bagaimanapun, apabila mereka membuat semakan di i-AKAUN, sudah ada tarikh pembayaran KWSP 10k.

Jadi, sekiranya pernah mohon pengeluaran KWSP yang dulu-dulu dan telah mendaftar i-Akaun online sebelum ini, anda juga boleh check status LULUS Pengeluaran Khas KWSP.

Melalui Withdrawal History di dalam i-AKAUN, anda boleh semak tarikh pembayaran KWSP 10k dan anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk semak status Pengeluaran Khas KWSP 10k:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
  3. Masukkan USER ID
    • Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    • USER ID bukan nombor ahli KWSP
  4. Tekan butang Next
  5. Masukkan PASSWORD
  6. Tekan butang Login
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
  8. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    • PROFILE
    • NOMINATION
    • SIMPANAN SHARIAH
    • MY ACCOUNT
    • ENQUIRY
    • INVESTMENT
    • WITHDRAWAL
    • INBOX
  9. Klik WITHDRAWAL
  10. Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
  11. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
  12. Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
  13. Lihat tarikh bila duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank
  14. Selesai

Dah dapat duit KWSP 10k, nak masuk ASB atau Tabung Haji?

Antara sebab 5.3 juta orang memohon pengeluaran KWSP 10k ini adalah kerana faktor menunggu. Ramai yang tidak mahu dan tidak sanggup menunggu sehingga umur 55 untuk mengeluarkan duit simpanan dan caruman KWSP ini.

Jadi, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang masalah di masa hadapan. Bila-bila ada emergency, boleh terus guna duit KWSP 10k yang sudah siap-siap dikeluarkan.

Cuma apabila sudah dikeluarkan, anda perlu masukkan ke dalam instrumen simpanan yang lain seperti Tabung Haji dan ASB. Ini adalah dua instrumen yang popular.

Bukan apa, kalau simpan dalam bank, alamat memang tak sampai 3 bulan sudah habis kerana boleh keluarkan ikut suka.

Kalau simpan di ASB?

Kalau simpan di ASB, agar sukar untuk keluarkan kerana kita perlu ke cawangan ASNB dan isi borang. Proses yang leceh ini akan buatkan kita malas untuk keluarkan dan duit akan kekal di situ.

Tambahan lagi, pengeluaran ASB secara online pula hanya membenarkan RM500 sahaja pada satu-satu masa. Cuma dari segi zakat, jika duit ASB anda banyak, anda perlu keluarkan zakat saham setiap tahun.

Kalau simpan dalam Tabung Haji?

Kalau simpan dalam Tabung Haji pula, anda tidak perlu bayar zakat kerana pihak Tabung Haji sudah siap-siap bayar zakat untuk anda.

Pilihan ini juga mungkin lebih baik kerana boleh niatkan terus untuk pergi menunaikan haji. Jika tiba-tiba Allah panggil dan izinkan untuk menunaikan Haji, duit memang sudah siap-siap standby.

Cuma dari segi susah atau senang untuk keluarkan duit Tabung Haji, ia lebih kurang sama dengan ASB. Proses yang memerlukan kita hadir ke cawangan untuk keluarkan duit Tabung Haji akan membuatkan kita rasa malas. Jadi, duit lebih selamat di dalam Tabung Haji.

Walau bagaimanapun, pengeluaran duit Tabung Haji secara online akan jadi lebih mudah sekiranya anda mempunyai akaun Bank Islam yang direct link dengan Tabung Haji. Kalau anda memang pernah linkkan kedua-duanya, ini bahaya kerana proses pengeluaran akan jadi mudah menggunakan ATM. Anda perlukan disiplin yang tinggi agar tidak keluarkan duit Tabung Haji sesuka hati.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Rujukan: KWSP

Artikel Berikut: Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet

Jangan lupa Follow, Like & Share : Facebook IMPIANA, Instagram IMPIANAMY, Youtube IMPIANA TV, Tiktok IMPIANAMY 


Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list