Infotainment

Stor diserbu, ubat RM1.13 juta dirampas

Stor diserbu, ubat RM1.13 juta dirampas
Stor diserbu, ubat RM1.13 juta dirampas 1

JOHOR BAHRU: Sebuah premis di bandar raya ini yang dijadikan stor penyimpanan produk ubat-ubatan dan kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan berjumlah RM1.13 juta diserbu pihak berkuasa dalam Op Nico, minggu lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, dalam serbuan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), Bahagian Perkhidmatan Farmasi negeri, sebanyak 335 jenis produk ubat-ubatan dan kesihatan tidak berdaftar yang dianggarkan bernilai RM1.13 juta dirampas.

“Siasatan awal mendapati ubat-ubat dan produk kesihatan tidak berdaftar ini dijual secara berleluasa dalam talian menerusi platform e-dagang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr. Aman berkata, operasi itu membabitkan 12 pegawai selepas menjalankan pemantauan beberapa bulan yang lalu hasil aduan awam.

Pihaknya sentiasa melakukan aktiviti penguatkuasaan bagi premis-premis yang menjual produk kesihatan seperti produk ‘over-the-counter‘ (OTC) dan tradisional.

“Langkah itu bagi memastikan hanya produk yang berdaftar dan tulen dijual dalam pasaran. Kementerian Kesihatan juga menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa membeli sebarang produk kesihatan.

“Pastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli dalam pasaran sentiasa mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya sambil memaklumkan kes tersebut disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Menurutnya, pengguna perlu memastikan produk yang dijual mempunyai pelekat keselamatan hologram dan Nombor Pendaftaran Produk (MAL) pada label produk sebelum membelinya.

“Ubat-ubatan yang mengandungi racun berjadual seperti antibiotik hanya boleh dibekalkan oleh ahli farmasi yang berlesen dan pegawai perubatan yang berdaftar,” katanya.

Orang ramai juga boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari https://www.npra.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Famasi Negara menerusi talian 03-78835400. – UTUSAN


Stor diserbu, ubat RM1.13 juta dirampas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list