Infotainment

Suami Dedah Nampak Nadia Brian Curang Depan Matanya

Suami Dedah Nampak Nadia Brian Curang Depan Matanya 1

Suami Dedah Nampak Nadia Brian Curang Depan Matanya 2

Selepas keputusan pelakon Nadia Brian memfailkan perceraian kepada suaminya iaitu Muizz Nasruddin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada 2 Oktober lalu, kini Muizz dilihat seakan tidak segan untuk tampil membuka mulut.

Suami Dedah Nampak Nadia Brian Curang Depan Matanya 3

Katanya, andai terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, beliau akan dianggap sebagai lelaki dayus. 

“Sepatutnya tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November lalu, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak. Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya.”

Katanya lagi, laporan polis juga telah dibuat olehnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya pada 6 Oktober lalu.

Suami Dedah Nampak Nadia Brian Curang Depan Matanya 4

“Ramai yang tanyakan mengenai bukti-bukti yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Namun, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan polis, saya serahkan kepada mereka. Saya tak faham ‘fitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri.”

Tambahnya lagi, beliau kini kesal kerana Nadia kini dilihat masih mahu berselindung meskipun sudah mengakui kesilapannya.

“Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya. Adakah itu masih fitnah?  Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mangsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini jahat. Kenapa masih menegakkan benang basah? Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan maruah saya dan keluarga. Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita. Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah.”

Terdahulu, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah. Bahkan, ia juga turut dikongsinya dalam satu temu bual bersama program Melodi, kelmarin.

Suami Dedah Nampak Nadia Brian Curang Depan Matanya 6

Namun, beliau memaklumkan bahawa segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah. 

Pergolakan rumah tangga Nadia dan suami ini sudah hangat diperkatakan sejak Oktober lalu. Lebih perit, suaminya juga turut mendakwa pelakon berkenaan berlaku curang terhadapnya di hadapan matanya sendiri.

“Saya sendiri nampak isteri saya curang.”

Untuk rekod, Nadia telah sah menjadi isteri kepada Muizz pada 9 November tahun lalu. 

Sumber: Harian Metro



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Suami Dedah Nampak Nadia Brian Curang Depan Matanya 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo