Infotainment

Suami Didakwa Nak Ceraikan Isteri Pertama, Miera Liyana Dituduh Jadi Punca

Suami Didakwa Nak Ceraikan Isteri Pertama, Miera Liyana Dituduh Jadi Punca
Suami Didakwa Nak Ceraikan Isteri Pertama, Miera Liyana Dituduh Jadi Punca 1

Berita perkahwinan Miera Leyana pernah menjadi perhatian apabila mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rosland Othman yang memiliki jarak usia 20 tahun dengan pelakon itu.

Malah, dua tahun lalu, belum sempat 24 jam bergelar suami isteri, hangat diperkatakan apabila tular video mendedahkan Miera ‘hidup bermadu’.

BACA: Genap Setahun, Akhirnya Miera Liyana Tayang Wajah Anak

Terbaru, selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga, timbul pula dakwaan suami Miera dalam proses perceraian dengan isteri pertama.

Seperti sudah dijangka, Miera dituding jari dituduh punca rumah tangga suami dan madunya berantakan. Bagaimanapun, memetik BH Online, Miera mengakui terkejut persoalan itu diajukan kepadanya.

“Mana dengar cerita ini? Sejujurnya, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suami bersama madu.

“Tetapi, saya tahu ramai sudah mendengar berita kemelut rumah tangga mereka. Tiada apa yang boleh saya komen dan kongsi, ia tiada kena mengena saya,” katanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran mengenai dakwaan tersebut, Miera berkata dia tiada hak untuk menjawab persoalan berkenaan, namun dia mengetahui rumah tangga suami dengan madunya bermasalah.

“Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu.

“Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya.

“Apapun, keputusan suami dan madu, saya takkan sesekali masuk campur. Itu juga pilihan mereka disebabkan tiada jalan keluar dalam menyelesaikan kemelut yang berpanjangan,” katanya.

Terdahulu, Miera mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Rosland Othman, 47 tahun pada 26 Julai 2020.


Suami Didakwa Nak Ceraikan Isteri Pertama, Miera Liyana Dituduh Jadi Punca 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list