Artikel Terkini

Suami lepas tangan, isteri kecewa mahu pulangkan suami

Suami lepas tangan, isteri kecewa mahu pulangkan suami
Suami lepas tangan, isteri kecewa mahu pulangkan suami 1

PETALING JAYA – Penat dan kecewa dipergunakan suami bab pengurusan nafkah, seorang isteri berhasrat memulangkan suami kepada ibunya.

Walaupun mempunyai jumlah gaji yang sama, namun suaminya bersikap lepas tangan apabila cenderung menyerahkan urusan perbelanjaan kepada isteri.

Kisah itu dikongsikan oleh pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi tangkap layar aduan wanita tersebut di Facebook.

Wanita tersebut berkata, dia sudah letih berbakti untuk anak-anak dan suami sehingga merasakan dirinya telah dipergunakan.

“Gaji kami sama RM6115.14 tapi saya bayar yuran anak pertama, ketiga dan keempat masing-masing berjumlah RM350, RM105 dan RM300.

“Bahan basah pula saya belanjakan RM300 sebulan, kereta (loan) Honda dan Suzuki RM2,000 manakala duit kutu untuk cukai jalan sebanyak RM200 dan loan rumah, RM350,” katanya.

Perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan bukan setakat itu sahaja malah berlanjutan jika mereka sekeluarga keluar berjalan-jalan.

“Kalau tak masak, makan di kedai. Dah jadi macam tanggungjawab saya pula bab makan anak-anak. Baju anak-anak pun duit saya.

“Kadang-kadang nak berjalan, hotel dan minyak pun kebanyakkannya duit saya. Suami tak pernah lagi ajak berjalan dan sponsor semua.

Katanya, suami ada memberi nafkah RM500 sebulan namun ia tidak mencukupi malah ada kala terpaksa pula dipulangkan sebahagiannya.

“Kadang-kadang saya beri balik RM100 atau RM200 bila dia dah kering. Suami bayar loan RM600, rumah RM1500, beri pada ibu dia RM500 dan bayar yuran anak kedua RM400.

“Saya tak faham kenapa suami selalu cakap tak cukup duit sedangkan gaji kami sama tapi sudahnya mesti saya yang belanjakan lebih daripada dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Suami lepas tangan, isteri kecewa mahu pulangkan suami 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo