Artikel Terkini

Suami mabuk cekik isteri hingga mati kerana cemburu

Suami mabuk cekik isteri hingga mati kerana cemburu
Suami mabuk cekik isteri hingga mati kerana cemburu 1

BANGKOK – Seorang lelaki mabuk di Thailand mencekik isterinya sehingga mati dan tidur di sebelah mayat mangsa dalam kejadian di wilayah Udon Thani baru-baru ini, lapor laman berita Thaiger.

Balai Polis Mueng Udon Thani pada pagi Rabu lalu dimaklumkan mengenai kes seorang suami yang membunuh isterinya di sebuah kediaman pekerja binaan di daerah Kak Khaeng.

Polis menemui Neramit atau ‘Tum’, 46, duduk di tepi jalan untuk menyerah diri kepada polis. Di dalam sebuah rumah satu tingkat, polis menemui mayat Bee (nama samaran), 34, dalam keadaan terlentang di bawah selimut di atas katil.

Pegawai forensik menganggarkan Bee meninggal dunia sekitar 10 jam sebelum ditemui. Sambil menangis, Neramit mencium pipi isterinya buat kaki terakhir sebelum mengaku bahawa dia telah membunuhnya.

Semasa disoal siasat, Neramit berkata dia tinggal bersama isterinya selama 4 tahun dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun yang kini dijaga oleh saudara perempuan isterinya di wilayah Sakon Nakhon.

Neramit berkata, dia bekerja di tapak pembinaan itu bersama isterinya selama kira-kira sebulan, tinggal di rumah lima bilik tidur bersama pekerja lain.

Pertengkaran tercetus antara Naramit dan Bee pada malam hari  kejadian selepas pasangan itu minum arak. Neramit curiga bahawa isterinya mempunyai lelaki lain.

Neramit menuduh isterinya berulang kali keluar dengan lelaki lain. Sebagai tindak balas, Bee menyumpahnya, katanya.

Akibat marah, cemburu dan mabuk, Neramit nekad mencekik leher isterinya sebelum tertidur.

Ketika bangun pada pukul 3 pagi (waktu tempatan), dia mendapati badan isterinya kesejukan dan tidak bergerak di sebelahnya. Mangsa juga tidak bernafas. Neramit kemudian berjalan sejauh 200 meter ke kediaman majikannya dan memberitahunya bahawa dia membunuh isterinya.

Majikan Neramit, Buaphan, 60, berkata bahawa Neramit muncul dalam keadaan mabuk dengan air mata.

Rakan sekerja Neramit, Prateep, 49, yang juga tinggal di rumah itu berkata, pasangan itu bergaduh setiap malam dalam ‘pengaruh minuman keras’.

Prateep menyangka Neramit seorang lelaki yang baik hati dan tidak pernah mengesyaki bahawa dia akan membunuh isterinya.

Mayat Bee telah dibawa untuk proses bedah siasat di Hospital Pusat Udon Thani. Mangsa didapati mempunyai mata kiri yang hitam dan beberapa kecederaan lain.

Polis menyoal siasat Neramit di Balai Polis Mueang Udon Thani dan mendakwanya atas tuduhan membunuh. Dia akan didakwa mengikut undang-undang, kata polis. – Agensi


Suami mabuk cekik isteri hingga mati kerana cemburu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo