Infotainment

Suami Nynaa Harizal Buat Laporan Polis Dakwa Isteri Dilarikan Mentua

Suami Nynaa Harizal Buat Laporan Polis Dakwa Isteri Dilarikan Mentua
Suami Nynaa Harizal Buat Laporan Polis Dakwa Isteri Dilarikan Mentua 1

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, suami kepada pelakon Nynaa Harizan buntu apabila isterinya dilarikan oleh ibu bapa mentuanya pada Isnin lalu.

Menurut Mohamed Fahmi Ilyas, dia sendiri tidak mengetahui punca isterinya dilarikan secara paksa dari lokasi penggambaran sebuah drama dan masih tidak mengetahui dimana keberadaan isterinya.

“Saya berjaya bercakap dengan si bapa, dia cakap sudi untuk berjumpa tapi bila dan di mana tak tahu lagi. Saya syak Nynaa berada di Johor. Keadaan semasa saya boleh cuba telefon Nynaa tapi panggilan akan pergi ke voicemail (mel suara).

“WhatsApp pun ‘single tick’. Jadi, saya tak tahu. Dia (bapa mentua) cakap, anak dia dan dia tahu macam mana nak jaga. Saya tak rasa dia akan sakiti anaknya tapi sama ada Nynaa tertekan, cukup makan, sedang nangis, saya tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi menafikan tindakan bapa mentuanya itu disebabkan faktor kewangan dirinya yang dikatakan masih belum berkemampuan.

“Dari segi aspek kewangan, memang ada isu sejak permulaan perkahwinan. Saya baru berusia 29 tahun, mereka tak boleh harapkan saya ada segala kemewahan.

“Tapi saya tidak mahu memperincikan tentang hal itu (status kewangan) sebab saya rasa kurang elok untuk ulas dengan lebih lanjut,” ujarnya.

Kata Fahmi lagi, hubungannya dengan bapa mentua tidak ada masalah namun hubungan dengan ibu mentuanya yang dingin sejak awal.

Fahmi mendakwa bapa mentuanya turut mengugut serta mengacukan senjata api pada pengawal peribadi Nynaa serta memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dihalang mengambil anaknya.

“Saya buat laporan polis kerana bapa mentua telah melarikan isteri saya tanpa pengetahuan saya selaku suaminya yang sah.

“Dia buat begitu dengan mengugut pengawal peribadi saya menggunakan senjata api. Saya guna perkataan ‘penculikan’ dalam laporan polis kerana tiada sebarang maklumat sahih yang saya ketahui ketika kejadian itu berlaku,” katanya.

Untuk rekod, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.


Suami Nynaa Harizal Buat Laporan Polis Dakwa Isteri Dilarikan Mentua 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo