Infotainment

Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat

Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat
Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat 1

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, Fahmi Ilyas yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sedia memaafkan isterinya dan bersedia menerima kepulangan Nynaa, Fahmi hari ini telah pun memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

BACA: Suami Nynaa Harizal Buat Laporan Polis Dakwa Isteri Dilarikan Mentua

“Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat. ‘I love you sayang’. Saya sedia maafkan awak,” katanya.

Fahmi berkata lagi, dia cuba menghubungi isterinya menerusi WhatsApp tetapi hanya sekali dibalas isterinya yang mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta menghormati keputusannya.

Mahkamah menetapkan 1 Disember untuk sebutan semula kes. Menerusi permohonan yang dibuat, Fahmi meminta isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Fahmi juga mahu menyelamatkan pernikahan mereka supaya Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Terdahulu, bapa Nyna, Harizal Hashim yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki, minggu lalu.


Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo